Gambar-Gambar Menarik New Zealand 2017!



Baru-baru ini, saya telah membawa seramai 30 orang ke New Zealand pada raya haji 2017. Alhamdulillah semua daripada mereka amat gembira tour North Island merangkumi Auckland- Rotorua- Taupo- Hamilton- Auckland selama 8 Hari 6 Malam.

Saya bertindak selaku Tour leader, driver dan chef di sana. Bolehlah masak-masak bagi diorang semua kenyang semasa tempoh berada di sana. Hihi.



Banyak tempat yang kami terjah antaranya ialah:

1.Hobbiton Set
2.Agrodome Farm
3.Hamurana Springs
4.Wai O Thapu Thermal
5.Whakarewarewa Maori Village
6. Lake Taupo
7. Lake Rotorua
8. Whakapapa Skifield
9. Hamilton Gardens
10.Skyline Gondola Rotorua
11. Rotorua Government Gardens dan banyak lagi.

Boleh lihat gambar-gambar kami di bawah:























Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin ALLAH. InsyaALLAH trip saya pada 2018 ke New Zealand telahpun diisi oleh seramai 250 orang pelanggan. Mereka semua amat teruja untuk mengikuti saya ke New Zealand tahun hadapan 2018.

Doakan agar urusan saya ke New Zealand 2018 dipermudahkan ye.


RM25,000 Untuk Sejarawan Muda


Alhamdulillah, pada tahun 2013 yang lalu, saya telah berjaya melepasi ujibakat dalam pencarian 14 orang belia seluruh Malaysia untuk menyertai Program Rancangan Realiti TV Sejarawan Muda anjuran Jabatan Sejarah Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia serta Astro TVi.



Pada mulanya agak teruja apabila mendapat panggilan daripada penganjur bahawa saya telah terpilih dalam kalangan 14 orang terakhir dalam menyertai rancangan realiti TV ini. Tanpa membuang masa, saya membuat persiapan yang sepatutnya seperti membaca dan menganalisis buku-buku sejarah Tingkatan 1-5 & buku-buku sejarah alam melayu.



Penggambaran dibuat di Bangsar, Kuala Lumpur dan saya berteduh di Angkasapuri, Kuala Lumpur bersama rakan-rakan peserta lain. Tercabar juga sebab dari 14 orang peserta, 9 darinya daripada latar belakang sejarah iaitu mengambil pengkhususan sejarah di universiti masing-masing. Saya pula pengkhususan Bahasa Melayu dan satu-satunya guru yang berjaya menyertai rancangan tersebut.

Alhamdulillah setelah berhempas pulas selama 14 episod dan seorang demi seorang tersingkir kerana mendapat markah yang rendah, akhirnya saya termasuk dalam 3 Finalis terakhir untuk merebut hadiah johan iaitu RM100,000. MasyaALLAH, banyaknya! Gelap mata sekejap.




Alhamdullilah, syukur kepada ALLAH dengan tajuk yang sangat sukar pada episod akhir iaitu SULALATUS SALATIN, diiringi doa daripada ibu bapa dan rakan, akhirnya saya berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acara tersebut.

Gembira jugaklah dalam hati walaupun x menang JOHAN dalam rancangan tersebut. Syukur kepada ALLAH kerana memberikan saya kejayaan tersebut. Berikut senarai pemenang Rancangan Realiti TV Sejarawan Muda Astro 180 TVi.

Johan- Adam Rezqual (Sarawak) Universiti Putra Malaysia- Pengkhususan Ekonomi
N.Johan- Numan Saadan (P.Pinang) Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan- Pengkhususan IT
Ke-3- Cikgu Loh (Kelantan) IPG Kampus Dato Razali Ismail- Pengkhususan B. Melayu

Johan membawa pulang RM100,000, Naib Johan RM30,000 dan Ke-3 RM25,000 dan mengejutkan tiada seorangpun daripada pengkhususan Sejarah yang layak ke final.



Syukur kepada ALLAH. Speechless...




Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM 2016/2017 !!!



Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus untuk tahun 2015, akhirnya saya berjaya menghasilkan penulisan buku lengkap mengenai "Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM" 2016/2017. Buku ini adalah rentetan daripada buku yang sama telah saya jual pada tahun 2011.



Alhamdulillah ketika itu, jualan melebihi 5k dalam masa 5 bulan. Buku berketebalan lebih 200 muka surat ini memberikan info yang amat diperlukan oleh pelajar-pelajar lepasan SPM seluruh negara khususnya mereka yang mengambil peperiksaan SPM 2015.

Buku ini mengandungi info seperti:
- Tips Pemilihan Kerjaya
- Panduan Pemilihan Kerjaya
- Panduan Penulisan Resume Power
- Ratusan Kerjaya Lepasan SPM yang boleh dipohon.
- Prosedur Permohonan Kerjaya Lepasan SPM
- dan banyak lagi...

InsyaALLAH, buku ini dapat memberikan panduan A sehingga Z bagaimana pelajar lepasan SPM dapat merencanakan perjalanan kerjaya mereka selepas tamatnya peperiksaan SPM. 





Kepada mereka yang berminat, boleh hubungi saya 013-3262125 atau mesej saya di facebook : www.FB.com/cikguloh 


Anda Perlu Tahu 15 Tips Ini Sebelum Travel Ke New Zealand!


Baiklah, salam semua. Artikel ini panjang. Jadi korang baca sampai habis bagi faham!

Saya berkesempatan untuk update blog berkenaan travel ke NZ utk part 2 pada malam ini. Jam sekarang menunjukkan 1.30 pagi tarikh 26 MAC 2016. 

Untuk Part 1 anda boleh terus baca je di SINI . Untuk part 2 ini, tips yang akan saya kongsikan perlu anda tahu sebelum travel ke sana. Nak travel ke New Zealand tak susah pun kalau study betul-betul.

Saya sendiri pun belum sampai ke sana cuma tips yang saya kongsikan ini adalah hasil dari pembacaan, kajian dan temu bual saya dengan ayah saudara yang kerap berulang-alik ke sana. Bacalah tips simple ini , senang korang nak faham sebelum ke sana nanti. 

Trip backpacker North Island New Zealand saya bersama family ini pun akan bermula pada 7-14 disember 2016 nanti. Nanti akan saya update trip ini dengan sangat details dalam PART 3.



1. FAKTA NEW ZEALAND

- Negara kiwi ini sama besar je saiz dataranya dengan negara Great Britain dan Jepun. 
- Ibu negara NZ ialah Wellington. Korang jangan tertukar dengan Auckland pulak.
- Populasi penduduk di NZ ialah kira-kira 4.5 juta. Kambing biri-biri pun lebih banyak dari manusia di sana.
- Bahasa Inggeris dan Te Reo Maori adalah bahasa rasmi.
- Tiada haiwan berbahaya dan ular! Awesome..
- Tiada vaksinasi diperlukan.
- Bekalan elektrik runs dalam 230/240 voltan.

2. SEBELUM MASUK NEW ZEALAND


Pelancong Malaysia tak perlu mohon visa nak ke sana. Sebab passport kita sangatlah berkuasa sehingga boleh masuk 164 negara tanpa visa. Best! Tapi kena ingat, kena stay kurang dari 3 bulan. Untuk maklumat imegresen rujuk ke sini: http://immigration.govt.nz/. 

Setiap makanan yang korang bawa macam sardin ke, meggi ke, sambal ikan bilis ke kena declare nanti sampai sana. Nak senang print gambar-gambar makanan tu dalam satu kertas bersama ingredients sekali dan tunjuk je kat imigresen. Insyallah mudah diorang lepas. Tips ini ayah saudara saya yang bagi.



3. PERBEZAAN MASA

NZ Lebih 4-5 jam dari Malaysia. Contoh Malaysia pukul 8 pagi, NZ pukul 12-1 petang. Faham?

4. JENIS MUSIM DAN PAKAIAN

Musim Panas ( Dis- Feb) (14-28 celsius)
-Korang leh bawak pakaian sama je macam duk kat Malaysia

Musim Luruh ( Mac- Mei) (10-24 celsius)
- Boleh pakai baju jumper dan seluar panjang

Musim Sejuk ( Jun- Ogos ) ( 9-20 celsius)
- Bawa pakaian sejuk

Musim Bunga ( Sep- Nov) ( 12-22 celsius)
- Bawa pakaian macam musim panas cuma bawa jaket skit takut sejuk.



5. MATA WANG NEW ZEALAND

Di New Zealand, korang jangan risau sebab berlambak mesin ATM di sini. Pastikan korang minta bank aktifkan dulu pengeluaran antarabangsa. Ketika artikel ini ditulis, 1 NZD bersamaan dengan RM2.70. Tipping x dipraktikkan di NZ so jangan bagi tipping sama je macam Jepun.

6. NAK SHOPPING DI NEW ZEALAND?

Di New Zealand, yang paling penting korang boleh beli daging biri-biri dan susu di sana. Sedap woo.. Selain itu, cenderahati seperti batu jed, mutiara, barang kraf tangan, bulu biri-biri banyak dijual. Tapi korang kena ingat, di sana GST 15% tuu. Dan memeritkan lagi, pelancong tak boleh claim balik cukai GST ini.. huhu



7. BUAH APA NAK MAKAN IKUT MUSIM?



Haa, tips ini mesti korang nak tahu kan? Disebabkan aku suka makan buah raspberi dan peach sebab tulah aku memilih datang ke NZ pada musim panas.

MUSIM PANAS
- aprikot
- Ceri
- tembikai
- Boysenberries (anak beranak buah beri)
- Feijoas (macam jambu batu)
- nectarines
- peach
- plum
- raspberi
- strawberi

MUSIM BUNGA
- epal
- cheri

MUSIM LURUH
- epal
- avocado
- anggur
- buah lai
- Pisang khaki
- Kiwi
- Oren

MUSIM SEJUK
- lemon
- oren
- kiwi

Mana satu buah favourite korang? Haa.. rancanglah nak pergi musim mana..


8. APA YANG NAK BUAT DI NZ?

- Hiking
- Berbasikal
- Tarikan kawasan Geothermal
- Kawasan pemuliharaan hidupan liar
- Tarikan budaya
- Melihat ikan dolfin
- Kawasan Pertanian.

Untuk itineri aku, aku merancang ke Auckland- Matamata- Rotorua- Taupo- Hamilton- Auckland selama 7H 6M. Nie itineri backpacker untuk mesra family punya. Kalau aku dan kawan mesti nak cover lebih dari 20 hari.. hihi

Opss lupa. Kalau korang nak merancang aktiviti di sana, boleh rujuk di: http://new.grabone.co.nz/auckland-experience dan https://www.bookme.co.nz/ 

Korang boleh study dan google sendiri tempat menarik di sana. Study dan rancang ikut bajet!




9. MEMANDU DI NEW ZEALAND

Haa, sebenarnya untuk korang lebih menikmati pemandangan indah di NZ, aku sarankan sewa kereta. Bukan apa, lagi senang korang nak explore negara cantik ini. Boleh juga nak naik train atau bas. Depends koranglah, tapi kalau aku, aku nak drive sendiri. Sini tak dok tol macam Malaysia tu! Minyak petrol pun harga berubah mengikut tempat.

Untuk proses sewa kereta aku sarankan korang tempah dengan brader nie. Dia memang orang Malaysia dan bekerja di sana. Peramah, baik hati dan harga tempahan pun sangat REASONABLE. Nama dia Encik Suhaimi. Kalau korang sampai sana dan tiba-tiba nak makan Nasi lemak ke, nasi kerabu ke, boleh request terus dengan dia.

RUJUK SINI

Syarikat Ikhlas Tours nie milik Encik Suhaimi dan aku memang tempah MPV dengan dia. Harga pun lebih kurang sama je dengan company2 sewa kereta di NZ. Better ambik dengan Malaysian kan? Support orang kita!!

Alamak dah banyak tersasul nie, ni haa tips memandu di NZ:

1. Pastikan anda memandu di sebelah kiri jalan.
2. Pandu secara perlahan apabila berdekatan dengan penunggang basikal. Remark laluan berbasikal.
3. Jangan guna phone semasa memandu kalau tak nak kena saman!
4. Pastikan patuh kepada had laju yang dipaparkan. Kalau 100KM, kurang 100km, kalau 50 km, kurang 50 km, kecuali anda banyak duit nak bayar saman, silalah bawak laju.
5. Baby perlu sentiasa berada dalam car seat.
6. Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan
7. Pastikan peka dengan satu laluan jambatan. Peka dengan perkataan GIVE WAY
8. Peka dengan laluan kereta api. Berhenti apabila perlu
9. Jika ternampak banyak haiwan di atas jalan, sila ikut arahan penggembala. Jangan main hon je macam di Malaysia.
10. Pastikan sebelum anda memandu, anda ada lesen memandu baharu yang ada translation english tu.



10. NAK PETA BESAR NEW ZEALAND?

Untuk pengetahuan korang, kerajaan New Zealand sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke negara mereka. So kalau korang nak peta besar gedabak NZ, korang isi je borang di sini: SINI . Saya sendiri dapat selepas 2 minggu. Oklah tu.. so korang dah ada hint-hint skit dah cara nak travel bila dapat peta tu.

11. TIKET FLIGHT PALING MURAH?

Semestinya Air Asialah paling murah. Saya ambil tiket air asia siap makan, baggage, insurans dalam RM1940 je sorang. Oklah kan? Kalau korang survei jetstar pun murah jugak.

12. NAK CARI MASJID, RESTORAN/BRG MENTAH HALAL?

Tips ini mesti korang tahu kan? Korang cuba rujuk ZABIHAH atau boleh berhubung dengan Jabatan agama islam di sana. Nak jimat lagi, masak sendiri. Bawa periuk nasi je. Sini banyak supermarket HALAL. Boleh terus beli barang mentah sana. Korang nak senang lagi, rujuk sini terus: BRINKS

Nak shopping barang mentah boleh pergi supermarket Pak N Save atau Fresh Choice.

13. TEMPAT PENGINAPAN?

Kalau korang nak jimat boleh cuba coachsurfing atau mana-mana laman web tempahan penginapan spt booking.com, dll. Nie korang pun tau..

14. PELAN INTERNET DI NZ?

Untuk menggunakan internet di sana, ada 3 syarikat yang saya cadangkan iaitu SPARKS, WOOSH dan VODAFONE. Boleh dapat di airport sana. Rujuk screenshot di bawah, yang ini ialah SPARKS.


15. TAWAKAL, DOA DAN JANGAN LUPA JAGA SOLAT!

Jalan-jalan jugak, solat jangan tinggal bro. Solat itu tiang agama. Yang membezakan kita dengan orang kafir ialah solat dan keesaan kita kepada ALLAH dan Nabi Muhammad SAW. Korang bacalah skit macam mana nak solat atas kapal terbang, doa naik kenderaan, doa mohon dilindungi oleh ALLAH.

Insyallah, kalau solat kita jaga, ALLAH pun akan sudi jaga kita. Setiap perkara yang kita buat hatta politik, cara hidup, tindak tanduk mestilah sebagai seorang umat islam SEJATI yang berpandukan AL-Quran dan Hadis. Ok Chowww..

Moga korang terbantu dengan tips ini. TQ, Apa-apa soalan korang tanya di page aku nie : https://www.facebook.com/cikgulohfans








"MENJELAJAH BUMI ALLAH ADALAH SATU KENIKMATAN YANG TAK DAPAT DIJUAL BELI"


Korang Nak Travel Musim Sejuk? Persediaan Pakaian Korang! Baca!


Alhamdulillah, berkesempatan lagi untuk berkongsikan tips travel di blog ambo nie. Sejak dua menjak ini, tak sempat nak update blog kerana sibuk dengan niche travel ke New Zealand. Yelah kemungkinan akan kerap ke sana nanti.



Baiklah, pada kesempatan ini juga ambo nak berkongsikan tips travel dan pakaian pada musim sejuk. Boleh baca dan share artikel ini kepada kawan-kawan korang. Sebelum tu saya share skit tips memilih pakaian sejuk.

1. Jaket/ Coat

Pilih fabrik yang betul. Boleh pilih sama ada wool atau cashmere. Tapi cashmere mahal so better beli wool. Pastikan jaket yang dibeli tu dilapisi oleh wool. Bahagian luaran yang dibuat daripada cotton atau material kalis air sudahpun memadai. Untuk pakaian dalaman boleh beli pakaian thermal wear. Pakaian ini banyak dijual di Uniqlo.
Pastikan juga jaket yang dibeli mempunyai poket. Bila sejuk, boleh masukkan tangan dalam poket. Warna jaket ikut andalah. Kalau warna terang, senang orang nak cam. Hihi.

2. Pilih SAIZ yang tepat

Ya, pemilihan pakaian sejuk hendaklah mengikut saiz badan anda. Kalau terlampau besar nanti kapanasan tu tidak akan terasa. Beli saiz yang fit dengan saiz badan anda.



3.Pakai Topi/Snowcap/Hood/Skarf/Mafla/Sarung Tangan

Sebaiknya pilih jaket yang ada hood. Kalau tiada boleh dapatkan topi yang boleh tutup telinga sekali. Yelah bila angin sejuk datang, mahu beku tahi telinga. Hihi.. Boleh juga pakai skarf/mafla untuk tutup leher anda. Sarung tangan pilih yang kalis air. Yang beli kat Daiso tu x tahan sejuk.

4. Seluar/Pakaian Dalam

Sila pakai seluar yang long john di dalam (thermal wear) kemudian boleh pakai seluar jeans di luar. Baju boleh pakai yang thermal wear di dalam dan pakailah baju sejuk kemudian di luar sekali ialah jaket.

Stokin pilih dari wool. Untuk kasut, saya selalu pakai kasut sport sahaja namun kasut yang sesuai untuk musim sejuk diperbuat daripada material kulit, PVC atau getah dan tidak mudah diserapi air.



Nak beli kat mana pakaian sejuk nie? Di AEON ada dijual, Uniqlo, Universal Traveller dan H&M pun ada. Boleh dapatkan tips dari jurujual untuk sebarang persoalan lanjut berkenaan pakaian musim sejuk. Selamat travel ke negara Musim Sejuk ye.

Adiosss....


TRIK MURAH TEMPAH HOTEL!


Nak tahu cara MUDAH nak buat tempahan hotel paling murah untuk serata dunia? Baca INFOGRAFIK yang saya sediakan ye!

BACALAH sampai habis!







Rajin-rajinlah korang survei ya!!

Jangan lupa layari: www.bit.ly/CheapestHotel

Semoga membantu!