Menginap 2H 1M di Tok Aman Bali Beach Resort

Rabu, Disember 23, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Alhamdulillah pada penghujung tahun 2015 yang lalu, saya sempat merancang percutian bersama keluarga ibu & ayah mertua ke Tok Aman Bali Beach Resort, Tok Bali, Kelantan.



Ditemani oleh isteri tersayang bersama anak lelaki yang masih baby, kami mula bertolak dari Kuala Terengganu ke Tok Bali, Kelantan. Tok Aman Bali Beach Resort ini berstatus 4 bintang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang yang luas, gimnasium, bilik permainan dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Dengan bayaran RM250 semalam, ianya sudahpun cukup berbaloi!






Alhamdulillah satu nikmat yang sangat indah apabila kita dapat berbakti kepada ibu bapa kita melalui percutian bersama-sama ini. Insyallah, selepas ini keluarga saya pula akan melancong ke Sabah dengan menaiki RAYANI AIR.

0 ulasan:

RM5,000 Sejuta Impian Musim Ke-2 TV3

Isnin, Oktober 19, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk muncul di kaca televisyen menerusi Rancangan Sejuta Impian Musim Ke-2 Anjuran Dana Belia 1Malaysia dan bersiaran di TV3. Alhamdulillah, setelah diaudit projek yang bakal saya bentangkan, saya berjaya melepasi peringkat akhir pembentangan untuk mendapat dana.



Seperti yang sedia maklum, program ini adalah bertujuan untuk memberikan dana kepada mana-mana belia yang berminat untuk embuat projek bagi kemaslahatan belia-belia di Malaysia. Saya membawa projek Sistem Sokongan Kerjaya Lepasan SPM dengan menggunapakai laman web dan forum, serta Autoresponder dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Syukur setelah membuat pembentangan di stesyen penyiaran media prima di hadapan juri yang terdiri daripada Norman KRU, Roshan Thiran dan seorang lagi wanita. x ingat nama, saya akhirnya berjaya mendapat dana RM5,000. Pada mulanya dana yang diminta ialah RM20,000, tapi oklah dapat RM5k dari x dapat langsung.


Dengan duit yang dapat dan setelah selesai semua pembentangan , penganjur memberikan masa 6 bulan untuk menyiapkan projek tersebut dan membentangkan belanjawannya kelak di depan panel Dana Belia 1 Malaysia.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan projek ini sedikit sebanyak telah membantu lebih 400,000 pelajar lepasan SPM di seluruh negara.

0 ulasan:

Backpacker Di Vietnam

Isnin, Oktober 19, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Alhamdulillah, pada penghujung tahun 2014 yang lalu, saya bersama dengan rakan telah memulakan misi backpacker ke Ho Chi Minh, Vietnam. Saya sangat teruja kerana tiket Air Asia ke sini hanya RM200 pergi-balik. Oklah dengan harga macam tu.

Backpacker ke Vietnam tak sesukar sepertimana di Palembang dan Filipina seperti sebelum ini. Setelah selesai menempah hotel melalui Booking.Com seminggu sebelum dan sesampainya di airport, saya terus bergegas ke hotel iaitu Than Thu Hotel.



Vietnam ni boleh dikatakan negara yang penuh dengan motor. Semua tempat ada motor dan motosikal merupakan pengangkutan utama di sana berbanding kereta.

Antara tempat yang sempat saya terjah ialah:
- Chu Chi Tunnel
- Menyelusuri Sungai Mekong
- Ben Than Market
- Bin Thanh Market
- Tempat-tempat bersejarah di Vietnam

Di sini, pengangkutan yang boleh anda gunakan ialah teksi jenama "VINASUN" atau boleh menaiki bas. Beca sebaiknya elakkan sebab mereka akan caj sangat mahal. Di sini, jangan risau sebab di sini banyak makanan halal antaranya ialah Restoran Hajah Basiroh, Restoran Serai, Restoran 1 Malaysia dan banyak lagi...









Jika anda tak cukup duit Vietnamese Dong, jangan risau anda juga boleh pakai duit RM atau US Dolar di sini. Mereka menerima duit tersebut. Yang pasti, Ho Chi Minh merupakan destinasi terbaik untuk para backpackers di luar sana.

0 ulasan:

Tips Pemilihan Kerjaya Buat Pelajar Lepasan SPM!

Isnin, Oktober 19, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Pada kali ini, saya sempat untuk memuat turun video mengenai tips pemilihan kerjaya ke dalam laman YOUTUBE. Kepada adik-adik pelajar lepasan SPM di luar sana, insyALLAH, sedikit coretan dalam video ini dapat membantu anda dalam membuat pemilihan kerjaya anda.



Klik video di bawah yang telah disediakan:



Maaf, kalau audio kurang memuaskan. InsyaLLAH, jika anda ada sebarang persoalan berkenaan kerjaya Lepasan SPM, boleh terus rujuk dan bertanya kepada saya di FB PAGE.

InsyaALLAH, sama-sama kita berjaya.

0 ulasan:

Backpacker Di Filipina

Isnin, Oktober 19, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Filipina merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, nilai-nilai sejarah dan mempunyai pantai-pantai yang antaranya tercantik di dunia. Alhamdulillah pada tahun 2013 yang lalu, saya berkesempatan untuk ke Manila, Filipina.

Setelah sampai ke Clark International Airport, saya memulakan langkah backpacker di sana. Teruja dan takut juga sebab Filipina masa tu negara bergolak jugaklah sekejap. Sampai sahaja di jalan raya di sana, boleh dikatakan jalan sangat sibuk.





Pada asalnya, tak merancang ke Filipina, namun apabila melihat tiket Air Asia RM0 TAX. Wow, terus teruja! Terus tempat tiket ke Filipina untuk 2 orang. Pergi- balik RM120 seorang. Mana nak cari!!

Alhamdulillah, saya mendarat selamat di sana dan telah melawat beberapa tempat, antaranya ialah:
- Quiapo (Satu-satunya tempat muslim di Filipina) sana banyak makanan HALAL.
- Angeles City (Antara pusat hiburan utama di Filipina) Banyak pub dan disko di sana. huhu.
- Golden Mosque (Terletak di Quiapo)
- Bangunan Jose Rizal di Filipina
- Dan banyak lagi...






Kalau di Filipina, banyak stesyen minyak mereka ialah PETRON. Alah yang anak Tun Mahathir punya tu. huhu. Cuma yang menarik di Filipina ialah, Jeepney merupakan pengangkutan utama. Ala-ala teksi gitu.

Jika anda nak backpacker ke Negara Pinoy ni, baik siap-siap diri dengan duit PESO dengan banyak sebab susah skit nak cari money changer di sini. huhu.

Satu lagi, jaga-jaga barang anda di sini. Sini ramai penyeluk saku dan penipu. So, berhati-hatilah. Itu sahaja untuk kali ini. Jika anda nak ke Filipina dengan Backpacker, boleh terus tanya saya di FB PAGE. Jangan risau, saya bagi info free je. hehe.


0 ulasan:

Jalan- Jalan Korea Sebagai Tour Guide

Isnin, Oktober 19, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Selesai di Bejing, China, saya berkesempatan lagi untuk menjadi tourist guide ke KOREA. Saya masih lagi menjelajah sebagai tour guide syarikat KEMBARA SUFI ke Korea. Perjalanan kali ini mengambil masa 6 Hari 4 Malam. Masih lagi mengambil Air Asia sebagai pilihan paling murah. hihi.






Beza utama China dan Korea ialah Korea lebih mesra pelancong, mesra alam sekitar, mesra penduduk. Penduduk mereka lebih mesra melayan pelancong dan boleh dikatakan negara ini bersih dan sukar untuk menjumpai sebarang sampah merata-rata di sana.

Perjalanan saya ke Korea ini juga merangkumi ke Pulau Nami di mana cerita Winter Sonata melakukan penggambaran di sana. Seperti biasa, penghujung tahun musim sejuk melanda negara Korea. Memang sejukk...

Antara tempat-tempat menarik di Korea:
- Vivaldi Park Ski Resort
- Itaewon Mosque
- Teddy Bear Farm
- Mount Seorak
- Namdaemun & Dongdaemun Market
- Everland Theme Park
- Kimchi Making
- dan banyak lagi..









Saya sangat rekemenkan untuk ke Korea mengambil pakej dari Syarikat KEMBARA SUFI . Dengan RM3299 semua dah cover flight, makanan, tempat tidur, dan banyak lagi.. 

Bagi yang nak backpacker pula, Korea merupakan destinasi yang sangat sesuai berbanding China. China sebenarnya tak berapa best nak backpacker sebab faham-fahamlah penduduk mereka. huhu






Oh, itu saya buat kali ini. Kalau anda nak tahu lanjut berkenaan travel ke Korea, jangan segan-segan PM je saya di sini FB PAGE CIKGU LOH

0 ulasan:

Jalan-Jalan Beijing Sebagai Tour Guide

Isnin, Oktober 19, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis lagi. Syukur kepada ALLAH kerana telah memberikan saya kesempatan untuk menjelajah bumi ALLAH. Untuk kali ini, saya telah menjadi tour guide untuk syarikat KEMBARA SUFI bagi perjalanan ke Beijing 6 Hari 5 Malam.



Perjalanan dari KL- Beijing mengambil masa lebih 7 Jam menggunakan perkhidmatan Air Asia. Boleh dikatakan, segala perjalanan saya ditanggung oleh syarikat malahan diberi elaun sekali. Yelah, jadi tourist guide kan!

Pada penghujung November di Beijing ketika ini, suhu mencecah -8 celsius.. huhu.. sejukkk...

Antara tempat yang diaturkan untuk singgah di Beijing:
- Tian An Men Square
- Niujie Mosque
- Muslim Super Market
- Great Wall China
- Jade Center & Crystal Shop
- Summer Palace
- Forbidden City
- Bird Nest Stadium
- Ice Skating
- dan banyak lagi...




Sebenarnya saya lebih suka backpacking seperti sebelum ini saya backpacker di Indonesia, Filipina & Vietnam.. tetapi memandangkan kali ini menjadi tourist guide dan siap dapat elaun, siapa yang tak nak kan? Hihi.

Jom layan gambar-gambar ini...











Kesimpulan yang boleh saya katakan di sini, Beijing banyak mempunyai tempat menarik tetapi penduduk mereka agak kurang mesra dan kurang memberi pertolongan kepada tourist-tourist yang datang. 

Jika anda nak tahu lebih lagi mengenai Perjalanan ke Beijing, bolehlah mesej saya di FB PAGE saya ni. Insyallah saya sampaikan info mana yang saya tahu. Jangan risau FREE jerr...


0 ulasan: