Bajet 2016

Jumaat, Oktober 16, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 13 Comments


Baru-baru ini, Kerajaan telah menetapkan untuk memberi cadangan berkaitan cadangan Bajet 2016 yang akan dibentangkan. Saya tidak terkecuali untuk turut serta memberi buah idea dalam sesi bajet 2016 pada kali ini.



Antara cadangan intipati yang saya kemukakan untuk Bajet 2016 kepada Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak. Saya harap cadangan ini walaupun bukan semua, dapat direalisasikan sesetengahnya.

1. Berharap pihak kerajaan dapat menaikkan gaji minimum seluruh rakyat Malaysia kepada RM1500. Angka gaji ini perlu dipakai kepada semua sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang sangat meninggi ketika ini. Gaji minimum RM900 sebelum ini pun belum semua syarikat melaksanakannya. Perlu ada pemantauan rapi!

2. Naikkan dan umum segera kenaikan skim gaji baru untuk penjawat awam.

3.Warga asing tidak boleh sama sekali memiliki hartanah di malaysia khususnya yang FREEHOLD sepertimana dilaksanakan di Thailand dan Indonesia. Dengan cara ini dapat mengawal harga rumah.

4.Hapuskan BRIM dan ubah satu mekanisme lain dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

5.Setiap penama individu tidak boleh memiliki lebih 3 rumah dan jika ingin memiliki lebih, perlu ada satu cukai khas.

6.KPDNKK perlu membuat satu booth khas di setiap pasaraya/shooping mall besar supaya senang rakyat nak buat aduan. Kuasa pengguna sangat penting!

7.Harga langganan jalur lebar/internet perlu diturunkan. Harga langganan internet Malaysia lebih mahal daripada Thailand, Vietnam, Kemboja dan negara asean lain!

8.Pinjaman perumahan perlu diturunkan kadar faedahnya!

9.Bahagian Zakat perlu diperkemaskan lagi, bukan untuk diniagakan dan dilaburkan. Tumpukan dan bantu sungguh2 kepada mereka yang sangat memerlukan.

10. Wujudkan pusat belia/rekreasi/tapak sukan untuk pembangunan masjid-masjid terpilih. Islam perlu bergerak dengan kehadiran anak-anak muda.

11.Perkasakan pengajian agama islam, pondok-pondok, pesantren dan bantu guru-guru agama mereka.

12. Kaji dengan lebih rapi tugas bebanan para guru(perkeranian, hntr murid pertandingan, dll

13.Perbaiki dan tambah baik kemudahan rawatan di hospital. Tekankan kepada hospital,klinik yang sangat padat!

14. Baik pulih jalan raya yang memerlukan pembaikan segera!

15. Laksanakan janji-janji Bajet 2015 sebelum ini. Adakah semua wang digunakan sepenuhnya? 

Bagaimana hasilnya? Apakah ianya berjaya atau sebaliknya?




Wallahualam...

13 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam