Rumah Pertama Jadikan Aset Anda!

Sabtu, Oktober 17, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Yup, jadikan rumah pertama anda sebagai aset! Mengapa saya katakan aset? Rumah pertama yang bakal anda beli ialah mesti disewa bukannya untuk didiami. Rumah pertama tersebut juga mestilah low cost housing di mana harganya di bawah RM150k sebaiknya.




Apa yang menjadi kesilapan orang muda yang baru mendapat kerja, terus ragu-ragu sanggup berhutang 9 tahun untuk membeli kereta. Bukankah itu satu kerugian yang nyata? Jom ikut step yang saya buat ini.

Saya mula bekerja pada umur 25 tahun dengan gaji RM2500. Saya mula menyimpan setiap bulan RM1000 selama setahun iaitu RM12k. Duit yang ada itu digunakan untuk membayar deposit rumah pertama saya.

Alhamdulillah, sempat grab Rumah Selangorku di mana harganya sangat murah iaitu RM178k. Kawasannya amat strategik dan potensi sewa ialah RM900 ke atas. 




Antara laman web online yang menyediakan rumah mampu milik yang boleh anda singgah ialah:
1.) SPNB
2.) Skim My Home
3.) PRIMA
4.) Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia
5.) RUMAWIP- Rumah mampu Milik Wilayah KL
6.) Skim Rumah Selangorku - Yang ini paling murah
7.) Rumah mampu milik yang ditawarkan oleh kerajaan negeri masing-masing

Alhamdulillah, rumah saya di Shah Alam ini akan disewa dan saya dalam proses mendapatkan rumah kedua juga untuk disewa. hihi.




Percaya atau tidak rumah kedua itu hanya berharga RM42k berkeluasan 700kps dan terletak di Kajang, Selangor. hihi.

Rumah sebagai aset bukan liabiliti.

0 ulasan: