Backpacker Di Filipina

Isnin, Oktober 19, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Filipina merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, nilai-nilai sejarah dan mempunyai pantai-pantai yang antaranya tercantik di dunia. Alhamdulillah pada tahun 2013 yang lalu, saya berkesempatan untuk ke Manila, Filipina.

Setelah sampai ke Clark International Airport, saya memulakan langkah backpacker di sana. Teruja dan takut juga sebab Filipina masa tu negara bergolak jugaklah sekejap. Sampai sahaja di jalan raya di sana, boleh dikatakan jalan sangat sibuk.





Pada asalnya, tak merancang ke Filipina, namun apabila melihat tiket Air Asia RM0 TAX. Wow, terus teruja! Terus tempat tiket ke Filipina untuk 2 orang. Pergi- balik RM120 seorang. Mana nak cari!!

Alhamdulillah, saya mendarat selamat di sana dan telah melawat beberapa tempat, antaranya ialah:
- Quiapo (Satu-satunya tempat muslim di Filipina) sana banyak makanan HALAL.
- Angeles City (Antara pusat hiburan utama di Filipina) Banyak pub dan disko di sana. huhu.
- Golden Mosque (Terletak di Quiapo)
- Bangunan Jose Rizal di Filipina
- Dan banyak lagi...






Kalau di Filipina, banyak stesyen minyak mereka ialah PETRON. Alah yang anak Tun Mahathir punya tu. huhu. Cuma yang menarik di Filipina ialah, Jeepney merupakan pengangkutan utama. Ala-ala teksi gitu.

Jika anda nak backpacker ke Negara Pinoy ni, baik siap-siap diri dengan duit PESO dengan banyak sebab susah skit nak cari money changer di sini. huhu.

Satu lagi, jaga-jaga barang anda di sini. Sini ramai penyeluk saku dan penipu. So, berhati-hatilah. Itu sahaja untuk kali ini. Jika anda nak ke Filipina dengan Backpacker, boleh terus tanya saya di FB PAGE. Jangan risau, saya bagi info free je. hehe.


0 ulasan: