Backpacker Di Vietnam

Isnin, Oktober 19, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Alhamdulillah, pada penghujung tahun 2014 yang lalu, saya bersama dengan rakan telah memulakan misi backpacker ke Ho Chi Minh, Vietnam. Saya sangat teruja kerana tiket Air Asia ke sini hanya RM200 pergi-balik. Oklah dengan harga macam tu.

Backpacker ke Vietnam tak sesukar sepertimana di Palembang dan Filipina seperti sebelum ini. Setelah selesai menempah hotel melalui Booking.Com seminggu sebelum dan sesampainya di airport, saya terus bergegas ke hotel iaitu Than Thu Hotel.



Vietnam ni boleh dikatakan negara yang penuh dengan motor. Semua tempat ada motor dan motosikal merupakan pengangkutan utama di sana berbanding kereta.

Antara tempat yang sempat saya terjah ialah:
- Chu Chi Tunnel
- Menyelusuri Sungai Mekong
- Ben Than Market
- Bin Thanh Market
- Tempat-tempat bersejarah di Vietnam

Di sini, pengangkutan yang boleh anda gunakan ialah teksi jenama "VINASUN" atau boleh menaiki bas. Beca sebaiknya elakkan sebab mereka akan caj sangat mahal. Di sini, jangan risau sebab di sini banyak makanan halal antaranya ialah Restoran Hajah Basiroh, Restoran Serai, Restoran 1 Malaysia dan banyak lagi...









Jika anda tak cukup duit Vietnamese Dong, jangan risau anda juga boleh pakai duit RM atau US Dolar di sini. Mereka menerima duit tersebut. Yang pasti, Ho Chi Minh merupakan destinasi terbaik untuk para backpackers di luar sana.

0 ulasan: