RM5,000 Sejuta Impian Musim Ke-2 TV3

Isnin, Oktober 19, 2015 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk muncul di kaca televisyen menerusi Rancangan Sejuta Impian Musim Ke-2 Anjuran Dana Belia 1Malaysia dan bersiaran di TV3. Alhamdulillah, setelah diaudit projek yang bakal saya bentangkan, saya berjaya melepasi peringkat akhir pembentangan untuk mendapat dana.



Seperti yang sedia maklum, program ini adalah bertujuan untuk memberikan dana kepada mana-mana belia yang berminat untuk embuat projek bagi kemaslahatan belia-belia di Malaysia. Saya membawa projek Sistem Sokongan Kerjaya Lepasan SPM dengan menggunapakai laman web dan forum, serta Autoresponder dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Syukur setelah membuat pembentangan di stesyen penyiaran media prima di hadapan juri yang terdiri daripada Norman KRU, Roshan Thiran dan seorang lagi wanita. x ingat nama, saya akhirnya berjaya mendapat dana RM5,000. Pada mulanya dana yang diminta ialah RM20,000, tapi oklah dapat RM5k dari x dapat langsung.


Dengan duit yang dapat dan setelah selesai semua pembentangan , penganjur memberikan masa 6 bulan untuk menyiapkan projek tersebut dan membentangkan belanjawannya kelak di depan panel Dana Belia 1 Malaysia.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan projek ini sedikit sebanyak telah membantu lebih 400,000 pelajar lepasan SPM di seluruh negara.

0 ulasan: