Mana Satu Kerjaya Selepas SPM Yang Aku Nak Pilih?

Ahad, Januari 24, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Salam semua. Baiklah pada kali ini, saya akan terus straight to the point untuk berkongsikan kepada anda kerjaya sesuai yang boleh anda pilih selepas sahaja tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



Nasihat saya, anda perlu terus isi kesemua permohonan kerjaya yang ada di Malaysia! Ketepikan dahulu minat anda kerana dunia pendidikan di Malaysia kini sangatlah mencabar. ISI SEMUA PERMOHONAN, KEMUDIAN HARI KITA TAPIS NANTI!



Antara kerjaya yang boleh anda pilih dan mohon. Pastikan sebelum mohon, hubungi pihak berkenaan untuk maklumat yang lebih lengkap! Jangan malu, call sahaja!

1.) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam: http://www.spa.gov.my/ 
- Di sini anda boleh memohon pelbagai kerjaya seperti kerjaya dalam Kementerian Kesihatan melalui Latihan Separa Perubatan, Kementerian Pertahanan melalui permohonan polis, tentera dan pelbagai lagi kerjaya yang melibatkan perkhidmatan kepada kerajaan. Selalunya akan ada kontrak dengan kerajaan kelak!

2.) Latihan Perguruan: IPG atau Universiti Awam ( Saya tak syorkan mengisi permohonan ini kerana peratusan untuk mendapatkannya sangat rendah) lagipun negara berlebihan guru buat masa ini. Rugi je belajar, tak dapat kerja kan?

3.) Mohon kesemua biasiswa yang ditawarkan! Pastikan mohon kesemuanya mengikut syarat minimum yang sesuai dengan anda! Buka: http://afterschool.my/

4.) Asasi, Matrikulasi, A-Level
- Anda boleh mohon mengikut Laman web berkenaan yang disediakan.



5.) Akademi Laut Malaysia : www.alam.edu.my 
- Anda boleh isi kerjaya yang berkaitan lautan di sini!

6.) Kerjaya Penerbangan Air Asia, Malindo, Firefly, Rayani Air
- Anda boleh sentiasa lihat pengumuman baharu yang dibuat Syarikat penerbangan. Selalunya Air Asia akan mengambil calon yang mendapat straight A's untuk jawatan juruterbang.

7.) Kerjaya Latihan: Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Politeknik
- Anda boleh isi kerjaya berikut mengikut laman web seperti di atas. Taip je kat google,



Baik, setakat itu sahaja dahulu saya berkongsikan kepada anda! INGAT! Isi dahulu kesemua permohonan kerjaya yang ada supaya anda tidak MENYESAL KELAK! Isi semua kemudian kita yang akan buat pilihan sendiri.

0 ulasan:

Skuba Diving Pulau Redang

Khamis, Januari 21, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Pada hujung tahun yang lalu, saya bersama rakan sempat berskuba diving di Pulau Redang. Untuk pengetahuan semua, SK Pulau Redang merupakan tempat saya berparaktikum dahulu, jadi tahulah sedikit sebanyak selok belok Pulau Redang dan masyarakatnya.




Alhamdulillah, dengan kedalaman hampir 12 meter dan sedikit juga perasaan cuak dan takut, saya gagahi juga bersama dengan rakan-rakan. Skuba Diving ini adalah bagi mendapatkan lesen pertama skuba iaitu OPEN WATER DIVER.

Untuk pengetahuan anda, beberapa perkara asas sebelum berskuba perlu anda tahu:
1.) Tahu menggunakan peralatan skuba seperti topeng muka, snorkel, sirip kaki dan sebagainya.
2.) Tahu mengawal teknik pernafasan di dalam air
3.) Tahu bahasa isyarat ketika di dalam air.





Alhamdulillah selepas hampir sejam menyelam, kami berjaya timbul di permukaan air dengan selamat. Dunia lautan sememangnya satu dunia yang sangat menakutkan dan banyak perkara misteri . Saya sendiri ternampak beberapa ekor ikan pelik di dalam laut dengan kedalaman 12 meter tersebut.

Masyallah, apa-apapun besarnya KEBESARAN ALLAH.

0 ulasan: