Skuba Diving Pulau Redang

Khamis, Januari 21, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Pada hujung tahun yang lalu, saya bersama rakan sempat berskuba diving di Pulau Redang. Untuk pengetahuan semua, SK Pulau Redang merupakan tempat saya berparaktikum dahulu, jadi tahulah sedikit sebanyak selok belok Pulau Redang dan masyarakatnya.




Alhamdulillah, dengan kedalaman hampir 12 meter dan sedikit juga perasaan cuak dan takut, saya gagahi juga bersama dengan rakan-rakan. Skuba Diving ini adalah bagi mendapatkan lesen pertama skuba iaitu OPEN WATER DIVER.

Untuk pengetahuan anda, beberapa perkara asas sebelum berskuba perlu anda tahu:
1.) Tahu menggunakan peralatan skuba seperti topeng muka, snorkel, sirip kaki dan sebagainya.
2.) Tahu mengawal teknik pernafasan di dalam air
3.) Tahu bahasa isyarat ketika di dalam air.





Alhamdulillah selepas hampir sejam menyelam, kami berjaya timbul di permukaan air dengan selamat. Dunia lautan sememangnya satu dunia yang sangat menakutkan dan banyak perkara misteri . Saya sendiri ternampak beberapa ekor ikan pelik di dalam laut dengan kedalaman 12 meter tersebut.

Masyallah, apa-apapun besarnya KEBESARAN ALLAH.

0 ulasan: