Persediaan Backpacker Mesra Family Sebelum Ke New Zealand 7H 5M

Khamis, Mac 24, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 207 Comments


Alhamdulillah untuk  artikel kali ini, saya akan berkongsikan satu Perancangan Lengkap Backpacker Mesra Family Ke New Zealand 7H 5M. Asalnya nak ke sana lebih 15 hari, tapi sebab bersama family sesuailah dengan 7 hari 5 malam kan?


Gambar sewaktu saya menjadi tour guide korea tempoh hari

New Zealand merupakan negara ke-8 yang sempat saya terjah untuk backpacker. Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Beijing, China dan Korea Selatan antara negara yang sempat travel secara backpacker..



Walaupun x sehebat backpacker sejati seperti brader KENYALANG CELUP yang dah travel lebih dari 70 negara tapi sekurang-kurangnya saya dah kenal 7 negara yang ada pro dan contra ni! Sebelum ini saya hanya backpacker bersama kawan, tapi kali ini trip ke New Zealand saya memilih untuk pergi dengan family. FAMILY FIRST kan!

Ok artikel yang akan saya buat ini agak panjang! Jadi janganlah malas membaca kerana apa yang akan saya kongsikan ini semestinya akan membuatkan anda untuk turut sama terjah ke Negara Kiwi yang super duper best ini! Untuk backpacker ini, saya hanya Backpacker tour NORTH ISLAND sahaja.

Sebelum tu, layan dulu gambar-gambar NZ yang saya ambil dari ayah saudara yang sudah sampai sana beberapa kali.















Ok untuk artikel kali ini, saya akan pecahkan kepada 2 bahagian antaranya:

1.) Perancangan ke New Zealand
- Apa yang perlu anda tahu tentang NZ
- Cara dapat tiket murah ke NZ
- Insurans yang sesuai nak ambik
- Cara booking Hotel
- Cara tempah kereta/MPV/Motorhome
- Barang/Dokumen yang perlu dibawa ke NZ
- Cara nak cari kedai/Supermarket Halal/Masjid di NZ
- Mode Pengangkutan
- New Zealand Apps travel

2.) Itineri Simple Tour North Island!

Ok, Seperti yang anda sudah maklum, New Zealand sememangnya negara yang sangat SUPER selamat, aman, paling kurang rasuah di dunia. Dan sememangnya sangat sesuai untuk backpacker di sana. Lagi best di New Zealand tiada haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking! WOW!

Sebelum anda ke New Zealand, pastikan anda download dahulu Peta NZ di SINI. Kerajaan New Zealand sangat meraikan kedatangan pelancong ke negara mereka, dan mereka memberikan peta New Zealand bersaiz besar . Pastikan anda mengisi borang dan tunggu je peta tu sampai di rumah anda nanti! Hebat kan? RUJUK SINI



Untuk pengetahuan anda, perjalanan dari Kuala Lumpur- Auckland mengambil masa kira-kira 10 hingga 11 jam perjalanan. Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran mata wang ialah 1 dolar = RM2.80. Untuk pertukaran mata wang ringgit ke NZ Dollar better siap-siap tukar di Malaysia!



Musim- Musim di New Zealand mengikut bulan:

Musim Panas- Disember hingga Februari
Musim Luruh- Mac hingga Mei
Musim Sejuk- Jun hingga Ogos
Musim pelbagai cuaca- September- November









Ok, bagaimana saya dapat tiket murah ke Auckland? Selalunya Backpacker akan membanding dahulu tiket di SKYSCANNER atau AIRPAZ . Baru-baru ini Air Asia membuka tawaran tiket promosi RM499 sehala ke Auckland! Wow memang teruja tapi harga ini kebanyakan pada hari bukan cuti sekolah.

Tiket saya KL-Transit Gold Coast, Australia- Auckland pergi balik.



Memandangkan saya bertugas sebagai guru, maka tarikh travel perlu dipilih semasa musim cuti. Ni pun saya tempah 10 bulan awal. Kira murah dah ni tiket Flight pergi balik RM877.08 + RM757.08 + RM50 (Insurans) + Baggage 20KG RM135.00 + Makanan 4 kali makan X RM15 = RM60 + Seat RM60 sebab x nak jauh dengan isteri. hihi. 

Tiket ini pun paling murah compare dengan airlines yang lain.

Total = RM 1939.16 seorang + RM250 (anak saya yang masih baby)

Selain insurans flight yang perlu anda ambil, saya syorkan juga ambil insurans travel. Tapi saya x ambil sebab kekurangan bajet dah. Hihi. Boleh rujuk AXA . Jangan risau ianya selamat dan boleh dipercayai!



Untuk cara mudah booking hotel, biasanya anda boleh je guna BOOKINGDOTCOM atau GRABONE atau HOTELSCOMBINED

Nak lagi Hotel backpacker yang lebih murah, rujuk ke gambar di bawah:


ATAU anda boleh guna cara ini bagi sesiapa yang berminat nak ke Malaysia dan secara timbal balik, anda berminat ke New Zealand, rujuk di KIWIHOUSESWAP

Sebenarnya, travel pada musim panas di New Zealand akan memakan kos yang paling tinggi berbanding musim lain sebab pada masa ini pelancong akan ramai bertumpu ke sinil. Jadi baik cepat-cepat buat tempahan awal!



Untuk memandu di New Zealand, anda hanya perlu ada lesen memandu Malaysia yang baharu tu. Opss saya lupa, tak perlu mohon VISA ye ke New Zealand dan perbezaan masa di sana ialah lebih 5 JAM! Contoh Malaysia pukul 10.00 pagi, New Zealand pukul 3 petang. Faham kan? 

Terdapat banyak cara untuk tempah kereta/MPV/Motorhome di sana antaranya ialah:
2.) IKHLASTOURS - Yang ini paling saya rekemen sebab murah dan owner dia orang Malaysia, Encik Suhaimi. Boleh dapat RM1k ke bawah untuk menyewa kereta/motorhome/MPV 5-6 hari!


Semestinya kalau nak ke New Zealand, anda perlu buat persiapan rapi barang/dokumen apa yang perlu dibawa!

Pertama pastikan bawa:
1.) Passport Original
2.) Scan passport dan simpan dalam handset. (langkah keselamatan)
3.) Simpan juga hardcopy passport
4.) Simpan tiket pergi-balik, SCAN dan simpan juga dalam handset.
5.) Salinan booking Hotel
6.) Salinan Booking kenderaan
7.) Alamat dan No telefon Kedutaan Malaysia
8.) Bawa pakaian yang perlu sahaja dan sedikit ubat-ubatan.
9.) Bawa makanan kering seperti serunding, maggi, biskut, Brahim's produk.
10.) Bawa international plug
11.) Bawa kad kredit sebagai backup atau inform bank awal-awal untuk withdraw duit dari luar negara.
12.) Semak status perjalanan sama ada blacklist. Contohnya x bayar hutang PTPTN ke. 
13.) Sediakan duit secukupnya. Pastikan duit itu diletakkan dalam 3 lokasi berbeza. Yang ni selalu saya buat pada backpacker sebelum ini. Kalau ke NZ tak payah kot sebab sini super selamat!



Pastikan setiap makanan yang dibawa declare nanti di imigresen New Zealand. Pastikan jujur je. Jangan risau, kita memudahkan kerja imigresen sana juga nanti. Saya cadangkan setiap makanan diambil gambar bersama ingredients dan dicetak dalam satu kertas. Nanti tunjuk je kat imigresen.

Nak tahu barang apa yang dilarang dibawa di New Zealand, rujuk sini BARANG TERLARANG NZ 

Nak cari makanan Halal? barang mentah Halal? Masjid di NZ? Jangan risau, rujuk je ZABIHAH. Di Auckland sahaja, terdapat 63 restoran halal, 11 supermarket, 12 katering halal, dan lebih 30 masjid! Beli barang mentah, masak je terus. Lagi jimat!



Mod pengangkutan saya cadangkan ialah menggunakan kereta! Sebab apa? sebab dengan kereta, anda dapat lebih banyak enjoy the scenery. Boleh juga naik bas, motorcycle atau feri. Tapi nak SAVE BAJET dan dapat tengok semua tempat di NZ, better gunakan kereta!

Untuk sesiapa yang berminat naik train, boleh rujuk KIWIRAIL . Yang penting tempah awal tu!

New Zealand menyediakan banyak apps mudah untuk pelancong antaranya ialah New Zealand Travel Guide Maps, Essentials New Zealand Travel dan banyal lagi anda boleh tengok di Play Store.

Berikut adalah itineri yang saya rancangkan untuk travel backpacker 7H 5M bersama family ini:



Perjalanan backpacker saya bersama family. Auckland- Matamata- Rotorua- Taupo- Hamilton- Auckland selama 7 hari 5 Malam.





Untuk tempat menarik dan segala details lengkap, boleh je terus kunjung di laman web ini: http://www.backpackerguide.nz/ . Di sini sahaja sudah cukup tempat untuk kita study cara mudah backpacker ke New Zealand!

Yang penting anda terus rajin membaca, mengkaji, Try & Error!

Baiklah, setakat tu dulu perkongsian saya untuk perancangan backpack ini. Insyallah selepas ini saya akan kongsikan satu itineri lengkap dan SUPER bajet ke New Zealand. 

" Menjelajah Bumi ALLAH adalah satu kenikmatan yang tak dapat dijual beli "





207 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama     Terbaru›   Baru»
«Lebih lama ‹Lebih lama     Terbaru› Baru»