6 Bandar Utama New Zealand Yang Anda Mesti Lawati!

Sabtu, April 09, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Sape-sape yang nak ke New Zealand macam saya nie. WAJIB anda perlu tahu 6 tumpuan bandar utama dan mesti pergi jika anda bertandang ke sini! Jom baca.. pendek je...


1.Auckland – Bandar terbesar di New Zealand. 
Dikenali sebagai City of Sails kerana nisbah kapal layar dan penduduk antara tertinggi di dunia. Juga dikenali sebagai Volcanic City kerana terdapat hampir 50 kawah/kon gunung berapi yang tidak aktif.



2.Queenstown  
Bandar di tepi Lake Wakatipu dan di pinggir banjaran The Remarkables. Antara bandar "mesti" di lawati bila Jelajah South Island kerana Queenstown sangat cantik ketika summer, autumn atau winter.



3.Rotorua
Di kenali sebagai Sulphur City kerana aktiviti geothermal di sini sangat aktif. Ada banyak aktiviti untuk keluarga seperti lawatan ke Maori Village, Skyline Gondola & Luge atau melawat ladang ternakan di Agrodome.




4.Christchurch
The Garden City ini juga banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Christchurch Botanic Garden, Antartic Centre, Punting on River Avon, Christchurch Gondola atau menaiki tram keliling bandar.

5.Taupo
Tasik ini seluas Singapore. Dari utara ke selatan tasik ini hampir 70km. Di tepi tasik Taupo kita boleh lihat dengan jelas Mount Ruapehu atau Mount Doom, salah satu lokasi LOTR. Di sini boleh melawat Huka Falls, bersiar-siar tepi tasik atau sebagai persinggahan sebelum ke Whakapapa Ski Field.


6.Dunedin
Antara bandar terbesar di selatan South Island. Bandar ini hidup dengan aktiviti sekitar University Otago. Beberapa tempat menarik di sini seperti Larnach Castle, Otago Peninsular atau melawat Kilang Cadbury ala filem Charlie The Chocolale Factory.




Amacam cantik kan? Jika korang tak tahu nak tempah kenderaan, hotel, atau nak tahu tempat-tempat menarik di New Zealand, boleh ambil pakej dengan Syarikat ini: IKHLAS TOURS 
Sangat rekemended! Ini bukan iklan berbayar tau! Ini ialah hasil kepuasan hati saya mengambil servis dengan syarikat ini. Lagipun ownernya ialah orang Malaysia, En Suhaimi. Korang boleh je terus col atau whatsapp beliau. Support orang kita!
Korang jangan lupa buka je laman web beliau di SINI . Moga artikel ini membantu anda semua. TQ

0 ulasan: