12 PERKARA Yang Perlu MALAYSIA Pelajari Daripada SISTEM PENDIDIKAN FINNISH (FINLAND). Mungkin Finland Menewaskan Malaysia 12-0?

Isnin, Ogos 22, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 11 Comments


Seperti sedia maklum, Finland merupakan antara negara yang mempunyai sistem pendidikan paling terbaik dan "terkelass" di dunia.

Mengapa begitu? Apakah hebatnya Finland? Apa pula yang boleh Malaysia pelajari?


1. Kerjaya guru di Finland adalah setaraf dengan jurutera, doktor dan kerjaya kelas A di sana. Kerjaya guru di sana sangatlah dihormati. Malaysia perlu menggerakkan akan hal ini.

2. Di Finland, pra sekolah bermula pada usia 6 tahun. Penekanan diberikan kepada "KESERONOKAN & KEPENTINGAN BELAJAR" berbanding Malaysia yang banyak menekankan kepada penghabisan silibus dan SKOR A terhadap semua pembelajaran.

3. Masalah disiplin di Finland jarang berlaku kerana ibu bapa sedar akan hukuman yang diberikan oleh guru kepada anaknya. Ibu bapa sana tak cepat melatah dan menyaman sana sini tak seperti di Malaysia.

4. Makanan diberikan secara percuma kepada semua murid sekolah di Finland. Guru-guru akan makan tengahari bersama murid-murid demi memupuk semangat kasih sayang sesama mereka. Dengan kata lain "MAKAN SAMA-SAMA"

5. DI Finland, murid-murid tidak digred sepertimana dalam Peperiksaan Awam. Guru-guru menentukan sepenuhnya kemajuan murid kerana setiap kelas hanya mempunyai kira-kira 18-20 orang murid sahaja. Sistem pengukuran oleh guru ini memberikan keyakinan dan estim diri kepada murid. Guru dianggap paling tahu cara membentuk murid mereka berbanding pentadbir. Malaysia masih sempat mengubah hal ini.


6. Finland mempunyai polisi pendidikan kebangsaan dan juga penilaian kebangsaan. Pembelajaran moral dan etika dimasukkan dalam kurikulum. Etika nilai murni murid dididik.

7. Di Finland, Pengetau/Guru Besar "bersikap terbuka" terhadap murid dan guru-guru. Mereka akan mewujudkan situasi kemesraan terhadap rakan sejawatan mereka. Mingkin sesetengah pentadbir "yang berusia" di Malaysia perlu mempelajari akan hal ini.

8. Di Finland, guru dan pelajar tidak didoktrinkan dengan peperiksaan, berapa banyak A, kalau tak dapat A, masa depan hancur tetapi ditekankan kepada pembelajaran kendiri. Hasil dari ini, kadar celik huruf di Finland mengatasi jauh negara maju seperti Jepun dan Kanada.

9. Beban mengajar guru di Finland adalh terendah di dunia iaitu kira-kira 600 jam setahun waktu mengajar berbanding Amerika 1,100 jam setahun. Malaysia saya akan kira nanti. Kajian menunjukkan pencapaian pelajar lebih meningkat kerana guru mempunyai masa membentuk keperibadian murid mereka. Sekali lagi, Malaysia perlu mempelajari akan hal ini. Maksudnya dalam bahasa omputih " The Focus in Education is on learning rather than testing"

10. Cara belajar murid di Finland ialah 45 minit belajar, 15 minit istirehat.

11. Semua guru yang ingin menyambung pengajian Master akan dibiayai oleh pihak kerajaan. Saya sangat menunggu akan hal ini dapat dilaksanakan di Malaysia. Menggalakkan pendidik untuk menambah ilmu.
12. Tidak ada sistem ranking/BAIAH di sekolah di mana melihatkan para pentadbir sangat mengejar akan hal ini. Siapa dapat BAIAH, dialah hebat di Malaysia. Di Finland, mereka percaya bahawa semua murid adalah No 1.
Dengan kemungkinan tertewas Malaysia dengan angka 12 ini, diharap sistem pendidikan di Malaysia dapat mengubah akan hal ini, tak semestinya semua tetapi jikalau ada yang dapat ditukar ke arah sistem yang lebih "mesra guru", kami guru akan menyokonya.
Majulah sistem Pendidikan di Malaysia. Wallahualam...





11 ulasan:

Aku Habis RM3.99 untuk Game Viral Pokemon Go. Saham Nintendo 50% meningkat pulak tu!

Rabu, Ogos 10, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Sudah 3 hari aku bermain dengan Pokemon Go. Aku memang peminat anime Pokemon sejak kecil. Malah hampir mengingati hampir kesemua pokemon yang terdapat dalam anime tersebut.


Malah aku juga peminat tegar games PES, FIFA, Far Cry, GTA, Battlefield dan banyak lagi.

Tapi dengan bermain Pokemon GO, rasanya lain macam. Tak macam game Pokemon Blue, Red depan PC macam dulu-dulu. Seperti timbul satu ketagihan yang agak melampau.

Masakan tidak, sanggup berhenti ketika memandu kereta untuk menangkap pokemon, sanggup membawa motor untuk mencari pokemon go, sanggup buka phone selepas solat di masjid takut-takut situ poke centre/ada pokemon rare, sanggup beli 20 pokeballs berharga RM3.99 kerana kehabisan pokeballs, dan banyak lagi kesanggupan yang dalam diam-diam tak sedar.

Benar, memang permainan ini sangat menarik. Dapat tangkap pinsir CP 240 gembiranya bukan kepalang, dapat evolvekan Pidgey kepada Pidgeyooto memang awesome.. Tapi ternyata ulama pewaris nabi. Apa yang mufti sebuah negeri dan Ketua Ulama Dunia gariskan kesan negatif sememangnya melebihi segala-galanya.



Saya x nak ulas berkenaan pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian akibat permainan ini.

Sayugia, kesan buruk LIVE dari apa yang saya alami dengan permainan ini ialah:

- Kurangnya interaksi dengan isteri/anak
- Membahayakan diri dan orang lain.
- Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ALLAH sukai.
- Meningkatkan kadar jenayah
- Tak cukup tidur dek memburu pokemon
- Merosakkan akal, tingkah laku dan akidah
- Ketagihan melampau terhadap gajet
- Ancaman kepada pekerjaan dan perlakuan

Dengan kesan negatif 98.9% ini, ambil keputusan untuk uninstall balik game ini dan fokus dengan apa tujuan kita hidup di bumi ini sebenarnya... Untuk apa?


Bagi mereka yang mampu menangkis kesan negatif Pokemon GO dipersilakan terus melangkah maju.

Kalau saya, saya tak mampu.

"Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya. "

Wallahualam..

0 ulasan:

Tahniah Kepada Guru Yang baru Posting! Baca 15 Tips Gila ini!

Rabu, Ogos 10, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan GURU Junior yang baru sahaja mendapat posting di seluruh negeri di Malaysia.


Selepas ini, anda akan terus diperakukan DG41 dan bakal menerima gaji permulaan RM2222.94 + 900 (elaun) = RM3122.94. Nilai ini tidak termasuk bagi mereka yang bekerja di pedalaman.

Cadangan saya untuk pengurusan diri/ kewangan kalian:

1. Terus ushar laman web UKM, UPSI, UM, OUM, dan mana-mana IPTA untuk sambung master. Anda tak perlu tunggu sah jawatan. 2 tahun masa diperlukan.

2. Silalah rapat dengan kerani sekolah anda atau sentiasa followup JPN mengenai kursus Program Transformasi Minda. Kalau boleh isi borang PTM secepat mungkin. Kita pergi hantar sendiri kat JPN pun lagi bagus, lagi cepat!

3. Jaga hubungan dengan rakan sekerja. Jangan menyombong dan tunjukkan kemahiran yang anda miliki. Tapi kalau terlebih rajin, susah jugak.. haha.

4. Tak payah tambah "HUTANG JAHAT" . Bagi yang bujang, pakai motor sudah. Kereta x diperlukan pun. Bagi yang berkeluarga, kereta second hand pun ok. Lagi ok, bayar cash. Kereta baru? x payah tambah "dosa" jahat.

Kereta yang anda layak beli ialah gaji tahunan anda. Cth: RM3122.94 X 12 = RM37475.28. Axia, Viva, saga je.. Tapi kalau xde anak, selagi boleh pakai motor, pakai.. romantik lagi peluk-peluk. Susah dahulu, senang kemudian.

5. Terus daftar penggiliran tabung haji RM1300 atau boleh guna akaun 2 KWSP untuk daftar giliran haji. Saya punya tahun 2090. Baik korang cepat!

6. Buat simpanan automatik ke dalam tabung haji dan ASB.

7. Tetapkan pemberian duit kepada keluarga kita. RM200-400 dah ok. lagi banyak pun ok. Ingat! mereka ialah PINTU REZEKI kita.

8. Sekali-sekala belanja kawan-kawan/saudara.. tak luak pun.

9. Bagi mereka yang posting di kota metropolitan spt KL, Selangor, Pinang, JB.. Baik korang cari rumah low cost cepat. Rumah pertama untuk disewa bukan untuk didiami. Kalau nak diami pun, bilik-bilik lain buat sewa.

Dengan gaji korang RM37475.28 korang boleh beli 3 buah rumah sebenarnya. Tak percaya? Bijak dan cepat ambil peluang!! Jenis Rumah ada lelong, SUBSALE, undercon. Cari yang potential sewa. Kena banyak kaji!

10. Buat ASB Financing RM200k. Selepas 5 tahun ,korang boleh menuai RM20-40k cash.. Best tu.. Korang x faham? Boleh follow tips di Facebook orang-orang hebat ini: HARITH FAISAL, MOHD FADHLI, KHAIRUL EZUWAN.

11. Elakkan diri dari terlibat dengan pelaburan yang mengarut. Rujuk atau hubungi dahulu BANK NEGARA untuk kepastian.

12. Ambil takaful, plan medical. Menyenangkan di kemudian hari. Yang ni, saya sendiri x ambil lagi.hu

13. Buka akaun Private Retirement Scheme. Fungsi akaun ini sama macam KWSP iaitu sebagai tabung persaraan tapi yang manage akaun ini ialah private entiti seperti CIMB, RHB, dll. Kalau buka akaun RM1000, kerajaan Malaysia akan topup RM500. Dapat 50% untung tu, Tapi duit susah nak buat keluar .

14. SKIM KWSP atau Pencen? Ok, bahasa mudah.. kalau korang rasa x lama dalam bidang perguruan, ambik je KWSP.

15. Last yang paling penting! Lengkapkan diri dengan ilmu agama secukupnya. Banyakkan ke masjid atau ceramah-ceramah agama. barulah x meroyan macam Pokemon go tu.. Siap kutuk mufti bagai. Jaga-jaga dunia semakin ke penghujungnya! Fitnah dunia baru sikit je.


Tips ini juga terpakai untuk fresh graduate yang baru mendapat kerja. Banyak lagi tips yang saya kemukakan di dalam buku seperti di gambar ini. Moga membantu semua!






0 ulasan: