Aku Habis RM3.99 untuk Game Viral Pokemon Go. Saham Nintendo 50% meningkat pulak tu!

Rabu, Ogos 10, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Sudah 3 hari aku bermain dengan Pokemon Go. Aku memang peminat anime Pokemon sejak kecil. Malah hampir mengingati hampir kesemua pokemon yang terdapat dalam anime tersebut.


Malah aku juga peminat tegar games PES, FIFA, Far Cry, GTA, Battlefield dan banyak lagi.

Tapi dengan bermain Pokemon GO, rasanya lain macam. Tak macam game Pokemon Blue, Red depan PC macam dulu-dulu. Seperti timbul satu ketagihan yang agak melampau.

Masakan tidak, sanggup berhenti ketika memandu kereta untuk menangkap pokemon, sanggup membawa motor untuk mencari pokemon go, sanggup buka phone selepas solat di masjid takut-takut situ poke centre/ada pokemon rare, sanggup beli 20 pokeballs berharga RM3.99 kerana kehabisan pokeballs, dan banyak lagi kesanggupan yang dalam diam-diam tak sedar.

Benar, memang permainan ini sangat menarik. Dapat tangkap pinsir CP 240 gembiranya bukan kepalang, dapat evolvekan Pidgey kepada Pidgeyooto memang awesome.. Tapi ternyata ulama pewaris nabi. Apa yang mufti sebuah negeri dan Ketua Ulama Dunia gariskan kesan negatif sememangnya melebihi segala-galanya.



Saya x nak ulas berkenaan pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian akibat permainan ini.

Sayugia, kesan buruk LIVE dari apa yang saya alami dengan permainan ini ialah:

- Kurangnya interaksi dengan isteri/anak
- Membahayakan diri dan orang lain.
- Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ALLAH sukai.
- Meningkatkan kadar jenayah
- Tak cukup tidur dek memburu pokemon
- Merosakkan akal, tingkah laku dan akidah
- Ketagihan melampau terhadap gajet
- Ancaman kepada pekerjaan dan perlakuan

Dengan kesan negatif 98.9% ini, ambil keputusan untuk uninstall balik game ini dan fokus dengan apa tujuan kita hidup di bumi ini sebenarnya... Untuk apa?


Bagi mereka yang mampu menangkis kesan negatif Pokemon GO dipersilakan terus melangkah maju.

Kalau saya, saya tak mampu.

"Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya. "

Wallahualam..

0 ulasan: