Tahniah Kepada Guru Yang baru Posting! Baca 15 Tips Gila ini!

Rabu, Ogos 10, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan GURU Junior yang baru sahaja mendapat posting di seluruh negeri di Malaysia.


Selepas ini, anda akan terus diperakukan DG41 dan bakal menerima gaji permulaan RM2222.94 + 900 (elaun) = RM3122.94. Nilai ini tidak termasuk bagi mereka yang bekerja di pedalaman.

Cadangan saya untuk pengurusan diri/ kewangan kalian:

1. Terus ushar laman web UKM, UPSI, UM, OUM, dan mana-mana IPTA untuk sambung master. Anda tak perlu tunggu sah jawatan. 2 tahun masa diperlukan.

2. Silalah rapat dengan kerani sekolah anda atau sentiasa followup JPN mengenai kursus Program Transformasi Minda. Kalau boleh isi borang PTM secepat mungkin. Kita pergi hantar sendiri kat JPN pun lagi bagus, lagi cepat!

3. Jaga hubungan dengan rakan sekerja. Jangan menyombong dan tunjukkan kemahiran yang anda miliki. Tapi kalau terlebih rajin, susah jugak.. haha.

4. Tak payah tambah "HUTANG JAHAT" . Bagi yang bujang, pakai motor sudah. Kereta x diperlukan pun. Bagi yang berkeluarga, kereta second hand pun ok. Lagi ok, bayar cash. Kereta baru? x payah tambah "dosa" jahat.

Kereta yang anda layak beli ialah gaji tahunan anda. Cth: RM3122.94 X 12 = RM37475.28. Axia, Viva, saga je.. Tapi kalau xde anak, selagi boleh pakai motor, pakai.. romantik lagi peluk-peluk. Susah dahulu, senang kemudian.

5. Terus daftar penggiliran tabung haji RM1300 atau boleh guna akaun 2 KWSP untuk daftar giliran haji. Saya punya tahun 2090. Baik korang cepat!

6. Buat simpanan automatik ke dalam tabung haji dan ASB.

7. Tetapkan pemberian duit kepada keluarga kita. RM200-400 dah ok. lagi banyak pun ok. Ingat! mereka ialah PINTU REZEKI kita.

8. Sekali-sekala belanja kawan-kawan/saudara.. tak luak pun.

9. Bagi mereka yang posting di kota metropolitan spt KL, Selangor, Pinang, JB.. Baik korang cari rumah low cost cepat. Rumah pertama untuk disewa bukan untuk didiami. Kalau nak diami pun, bilik-bilik lain buat sewa.

Dengan gaji korang RM37475.28 korang boleh beli 3 buah rumah sebenarnya. Tak percaya? Bijak dan cepat ambil peluang!! Jenis Rumah ada lelong, SUBSALE, undercon. Cari yang potential sewa. Kena banyak kaji!

10. Buat ASB Financing RM200k. Selepas 5 tahun ,korang boleh menuai RM20-40k cash.. Best tu.. Korang x faham? Boleh follow tips di Facebook orang-orang hebat ini: HARITH FAISAL, MOHD FADHLI, KHAIRUL EZUWAN.

11. Elakkan diri dari terlibat dengan pelaburan yang mengarut. Rujuk atau hubungi dahulu BANK NEGARA untuk kepastian.

12. Ambil takaful, plan medical. Menyenangkan di kemudian hari. Yang ni, saya sendiri x ambil lagi.hu

13. Buka akaun Private Retirement Scheme. Fungsi akaun ini sama macam KWSP iaitu sebagai tabung persaraan tapi yang manage akaun ini ialah private entiti seperti CIMB, RHB, dll. Kalau buka akaun RM1000, kerajaan Malaysia akan topup RM500. Dapat 50% untung tu, Tapi duit susah nak buat keluar .

14. SKIM KWSP atau Pencen? Ok, bahasa mudah.. kalau korang rasa x lama dalam bidang perguruan, ambik je KWSP.

15. Last yang paling penting! Lengkapkan diri dengan ilmu agama secukupnya. Banyakkan ke masjid atau ceramah-ceramah agama. barulah x meroyan macam Pokemon go tu.. Siap kutuk mufti bagai. Jaga-jaga dunia semakin ke penghujungnya! Fitnah dunia baru sikit je.


Tips ini juga terpakai untuk fresh graduate yang baru mendapat kerja. Banyak lagi tips yang saya kemukakan di dalam buku seperti di gambar ini. Moga membantu semua!






0 ulasan: