Korang Nak Travel Tapi X Tahu Nak Bawak Apa? Baca Artikel ini!

Selasa, November 22, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Ramai antara kita di Malaysia khususnya sangat teruja apabila nak travel. Masakan tidak, mengembara ke bumi asing apatah lagi sesebuah negara itu mengalami 4 musim sangat menerujakan. Lagi-lagilah perempuan. Kalau lelaki 3 pasang baju untuk travel seminggu pun dah cukup.

Jom teliti satu persatu benda apa yang kita nak bawa. Tips ini khas saya buat untuk penggembaraan ke New Zealand pada bulan disember 2016 kelak!



1. PASSPORT/ TIKET FLIGHT/ DOKUMEN INSURANS/ITINERI

-  Semua perkara ini boleh diumpamakan seperti nyawa ketika mengembara. Pastikan anda sudah mencetak kesemua dokumen ini. Kalau boleh buat 3-4 set salinan lagi ok. Jangan hilangkan passport! Penting tu! Kalau hilang, anda perlu buat laporan polis di balai polis yang berdekatan dan terus menuju ke kedutaan Malaysia yang terdekat untuk proses selanjutnya.

Pastikan juga anda mencetak tiket flight dan snap gambar di dalam telefon anda sebagai langkah pencegahan awal. Dokumen insurans juga boleh dibawa bersama. Untuk itineri pula, pastikan nada telah merancang awal-awal lokasi penginapan, kos pengangkutan, tempat makan dan banyak lagi.

2. DUIT

- Duit yang kita nak bawa mesti tukar siap-siap mengikut mata wang negara yang ingin dituju. Ketika artikel ini ditulis, pertukaran ringgit Malaysia dan New Zealand dollar bersamaan 1 NZD = RM3.10. Fuhh ringgit Malaysia jatuh banyak tu. Kalau nak tukar di money changer yang rendah, saya cadangkan area Shah Alam dan Kuala Lumpur. Jangan tukar di airport! Mahal.



3. KAD ATM/DEBIT/KREDIT

- Pastikan anda telah mengaktifkan pengeluaran wang antarabangsa di bank yang berkenaan. Selalunya hanya hubungi mereka sahaja. Pastikan juga duit kecemasan disimpan di merata-rata tempat. Bukan apa, prepare for worse!



4. PAKAIAN/KASUT YANG SESUAI/ STROLLER/BEG KECIL

- Boleh bawa pakaian yang sesuai mengikut musim di negara tersebut. Bagi saya, tak perlu bawa banyak pakaian. Boleh basuh sendiri dan guna je dryer. Kasut pula bawa yang sesuai. Kalau saya, hanya bawa kasut running/sports je. Bagi yang ada bayi tu, sesuailah bawa stroller yang mudah dilipat. Beg kecil pula kalau nak simpan barang-barang kecil yang senang untuk dicapai.



5. TOLIETRIES

- Bawa siap-siap syampu, ubat gigi, mandian, pencuci muka dan berus gigi. Kalau dalam skala kecil boleh bawa masuk ke dalam flight, tapi kalau banyak boleh letak semasa check in baggage.

6. FIRST AID KIT

- Yang ni penting juga, mana tahu kan tiba-tiba sakit. Harga ubat di luar negara sememangnya sangat mahal berbanding di Klinik kerajaan Malaysia. So prepare siap-siap. Apa yang perlu bawak tu?

Sediakan ubat seperti (nama yang dalam kurungan tu ialah nama saintifik): 
1. Panadol (Paracetamol)
2. Ubat selsema,alergik,gatal-gatal (Cetrizine)(Piriton)
3. Ubat Cirit Birit (ORS/Air Garam) (Lomotil)
4. Ubat tahan muntah (maxolon)
5. Ubat sakit kepala
6. Plaster
7. Minyak Angin
8. Krim panas untuk muscle pain.
9. Lip bum (Vaseline)- Kalau travel musim sejuk.
10. Ubat tahan sakit (Ibuprofen)
11. Ubat batuk (Copastin) sakit tekak (Lozenges)
12. Ubat sakit perut (Buscopan/Hyosine) gastrik (Ranitidine)
13. Krin antifungal dan anti bakteria.



7. TRAVEL ADAPTOR/ ENTENSION WIRE

- Untuk pengetahuan anda, plug di Malaysia tak sama di luar negara. So boleh beli universal adaptor. Kebanyakan kedai-kedai hardware ada jual. Boleh juga dapatkan di kedai Mr DIY, Seng Heng. Nak bawa extension wire juga boleh kalau travel dalam group yang ramai.



8. WET TISSUE/ TISU BASAH

- Jika anda travel ke negara yang tandasnya susah nak ada paip seperti China, india. Boleh bawa siap-siap, senang nak "berurusan" nanti.

9. SMARTPHONE/ POWERBANK/CHARGER PHONE

- Yang ini wajib bawa sebab boleh ambil gambar, install apps melancong yang sesuai dan boleh digunakan untuk berhubung. Pastikan sentiasa dicharge supaya tak makanlah bateri powerbank tu.



10. TRAVEL COOKER/ MAKANAN

- Bagi yang nak memasak nasi dan jimat duit, boleh bawa travel cooker. Senang nak masak nasi. Orang melayu kan, susah nak tinggal nasi. Buat pengetahuan anda, kos makan adalah kos yang paling tinggi ketika travel sebenarnya. Jadi dengan adanya travel cooker, dapatlah atasi masalah tu.

Makanan yang sesuai nak dibawa dalam flight:

- Biskut dan roti dalam pek kecil
- Kacang dalam pek
- Energy Bars (tenaga)
- Dodol dalam pek kecil
- Coklat
- Kurma
- Nestum/makanan bayi

Makanan yang sesuai dibawa dalam baggage:

- Apa jua jenis minuman 3 in 1
- Pek Lauk Brahim's
- Serunding
- Keropok segera
- Instant food (megi,kari dalam tin, sardin, pes segera, dll)
- Sambal ikan bilis
- Air kotak
- Di New Zealand jangan bawa buah ye, Diorang strict akan hal ini.

11. MULTIPURPOSE PLASTICS/ SELIPAR

- Plastik tu bolehlah nak simpan apa-apa. Nak buang sampah ke, senang nak bungkus. Untuk selipar juga boleh dibawa, senang nak ke tandas. Kalau boleh selipar yang ringa-ringan je.



Rasanya dah cukup dah artikel ringkas ni. Pastikan passport anda lebih 6 bulan sebelum travel dan jangan lupa semak semakan imegresen dulu, takut disekat ke luar negara. Huhu.

Rujuk: http://sspi2.imi.gov.my/

Semoga artikel ini dapat membantu anda. Komen skit dengan FB Comment di bawah. TQ!

0 ulasan: