First MASTER, Lepas Ni PHD!

Ahad, Disember 04, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Alhamdulillah, ditawarkan untuk menyambung pengajian Master dalam bidang Primary School Education di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Berjaya juga untuk menyambung pengajian tahun 2016 ini. Tahun lepas sudah mendapat tawaran menyambung MASTER di Universiti Malaya, Kuala Lumpur tetapi terpaksa menolak atas kekangan tertentu.



Untuk mod pengajian Master saya ini mengambil masa selama 2 tahun dan dijalankan semasa cuti sekolah sahaja. Sesuailah bekerja sebagai guru, masa cuti belajar, masa kerja, kerja... Boleh fokus.



InsyALLAH, jikalau tiada aral melintang, akan terus menyambung pengajian ke PHD pula pada tahun 2018. Alang-alang dah start kereta, teruskan je lah kan perjalanan. Target memang nak jadi pensyarah. Duduk lama di sekolah boleh jadi otak tepu sebab main dengan budak-budak je. Insyallah moga ALLAH makbulkan doa hamba mu ini.

0 ulasan: