REVIEW PENUH IKHLAS TOURS!! Terima Kasih En Suhaimi & Puan Zakiah!

Isnin, Disember 26, 2016 Muhd Khairul Fakrullah 1 Comments


Salam, first sekali aku nak review salah satu pakej di New Zealand yang telah aku ambil dengan Ikhlas Tours untuk ke North Island, New Zealand 7h 6m.



Untuk pengetahuan semua, sebelum aku ke New Zealand dengan 17 orang ahli keluarga aku yang lain, aku ada ushar satu laman web ini: IKHLAS TOURS . Aku baca review di FB PAGE diorang kebanyakan customer bagi feedback yang baik.

So, aku terus mengushar pakej NZ yang ada dalam tawaran diorang. Owner mereka En Suhaimi & isteri Puan Zakiah. Aku buat macam ni sebab aku travel ramai dengan family, so backpacker style kena tolak tepi sebab ada anak kecil, baby dan lain-lain kekangan.



Apa yang dicari ialah Accomodation, Pakej Internet dan Sewa Kereta. Alhamdulillah setibanya kami di Auckland Airport, En Suhaimi telah menjemput kami bersama pekerjanya dan terus membawa kami ke Avondale Motor Park. 

BTW saya bagi 5 bintang atas accomodation yang mereka berikan, siap bagi kami 18 orang nasi dengan lauk ayam, sayur tu! Memang  memahami sebab memang kami letih dan lapar. Yelah hampir 11 jam penerbangan dengan Air Asia.





Sebelum aku ushar IKHLAS Tours ni, aku dah survei beberapa syarikat sewa kereta dan accomodation direct to owner, tapi kebanyakannya memang MAHAL. Aku sewa kereta 2 buah estima, sebuah jenama MPV apa ntah & sebuah Nissan Skyline.

So, aku leh katakan semua 3 pakej Accomodation, internet dan sewa kereta dengan En Suhaimi & Puan Zakiah memang tip top! Harganya pun lebih murah dan berpatutan dengan family style. Mereka layan kami juga dengan sangat mesran dan 1st class. Terima kasih kepada Syarikat IKHLAS TOURS yang telah menjadikan trip kami ke NZ satu memorable moment!



BTW, kalau korang nak ambil 3 pakej tu dengan diorang, aku sangat sarankan! Lagipun owner syarikat ini orang Malaysia! Support orang-orang kita jugak! Syarikat ini juga telah mendapat lesen sah penyedia pakej pelancongan dari NZ & MSIA government. So korang x perlu risau!

Korang boleh contact mereka di:

SINI atau SINI atau SINI . Aku sangat sarankan! Memang berbaloi-baloi! Kalau korang nak ke sana, tolong kirimkan salam aku (Cikgu Loh) kat diorang! Adiossss


Ni En Suhaimi & Family. SIap ajak kami ke rumah diorang!!


1 ulasan: