Berhenti Kerja Cikgu Lepas Tu Travel Atau Migrate? Berbaloikah? Tak Takut Ke?

Khamis, Ogos 09, 2018 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments



Zaman IT sekarang, kalau lihat ramai Malaysian khususnya dah berhenti kerja dan meneruskan ke bidang yang diminati masing-masing. Ada yang bisnes, travel dan banyak lagi. Nampak memang berani kan langkah ini? Dan hampir orang melihat langkah ini merupakan satu tindakan yang sangat drastik dan orang kata WOW!


Tapi hakikatnya berhenti kerja untuk travel  atau migrate khususnya dalam kes saya ini merupakan satu langkah yang sebenarnya agak berat dan payah. Orang klate cakap payoh bedooh. orang ganu kata berat nanang. Maklumlah hutang berlambak dan ditambah lagi dah ada bini dan anak-anak ini akan memerlukan pengurusan kewangan yang cukup teliti.

Saya secara peribadi telahpun berhenti kerja kerajaan iaitu cikgu walaupun sudah memiliki kelulusan MASTER Pendidikan! Orang cakap cikgu ini stress, sibuk ditambah lagi dengan sistem yang tidak membantu guru. YES! saya membenarkan kenyataan tersebut setelah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama lebih 4 tahun!



Sebelum saya berhenti cikgu, beberapa planning telah dibuat setahun sebelum tarikh peletakan jawatan secara rasminya pada 29 Jun 2018. Dengan tanggungan isteri dan dua anak, berikut beberapa perkara yang telah saya lakukan:

1. Planning masa depan

Sebelum saya resign, saya telah menyenaraikan beberapa pelan tindakan yang akan dibuat. Contohnya bagaimana menjana income, cara survive sepanjang tidak bekerja makan gaji dan komitmen hutang bagaimana. Saya bukanlah lahir dari seorang keluarga yang terus keluar dari perut emas malah ayah saya bekas tentera hanya menerima pencen sekitar RM800 sebulan dan emak yang tidak bekerja selain saya juga merupakan anak sulung dalam keluarga.

2. Cara menjana kewangan

Selain memikirkan masa depan, saya telah menjana kewangan menerusi beberapa affiliate niche travel, jualan tiket entry fees dan selain mempromosikan pakej lengkap New Zealand dan Negara Scandinavia dengan harga paling berpatutan di Malaysia. Jadi dengan backup plan ini, saya telah mampu generate lebih dari makan gaji sebelum ini. Jadi jika anda mahu berhenti kerja, sediakanlah plan kewangan apa yang anda nak buat setahun sebelum resign. Yang skill foto, boleh ke bidang photographer, yang skill printing boleh ke printing baju, banner dan sebagainya.


3. Sebab berhenti kerja Cikgu!

Sebab apa ramai berhenti kerja? Apa yang paling saya nampak ialah sebab kerja itu sendiri. Dalam kes saya dalam bidang pendidikan, sikap PENTADBIR yang “asbestos”, sistem ICT/dasar yang tidak menyokong guru, diskriminasi guru dalam beberapa perkara melibatkan pihak atasan dan bebanan tugas serta cabaran dari ibu bapa dan pelajar yang biadap menjadi elemen utama cabaran guru-guru sekarang. 

Saya x alami kesemua kes, namun ada beberapa kes di mana ianya antara sebab saya resign sebagai guru. Saya yakin faktor di atas disokong 90% oleh kesemua warga pendidik di Malaysia.















Travel telah menjadi impian saya sejak kecil. Dengan sokongan beberapa sahabat company travel, akhirnya RESIGN menjadi pilihan untuk terus menjadikan cita-cita travel ini sebagai satu bidang utama. Semua ini telah ALAH aturkan dengan cukup cantik sekali.

Apa Yang Saya buat?

Kini saya buat AFFILIATE NICHE TRAVEL+ TIKET ENTRY FEES+ PAKEJ KE NEW ZEALAND & SCANDINAVIA UNDER dengan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd Satu company yang cukup gah di Malaysia dan rakan-rakan company yang banyak membantu memberikan semangat! Dan by now saya baru menjejakkan kaki ke 8 buah Negara dan insyallah akan still goes on.

Jadi bagi mereka yang mahu berhenti kerja, Dengan komitmen hutang yang dibuat sebelum ini, pastikan sebelum resign mempunyai 5-6 bulan simpanan. Barulah tenang untuk menyerahkan borang peletakan jawatan nanti. Jadi jika dah semasak-masaknya berhenti kerja, fikirkan dan buatlah planning yang cukup berkesan demi perancangan hidup anda.

Bagi saya apabila berada dalam kerjaya baharu ini sebagai digital nomad, internet marketer dan manager ini lebih memberikan saya masa dengan SI PENCIPTA ALAM ini. Tidak dikongkong lagi dengan hambatan masa & kerja yang sentiasa tidak akan habis sampai bila-bila. Someone told me, once Allah close 1 door, He will opens another door which is better than before.



Akhir kata, berbaloikah berhenti kerja untuk travel?

Ya, saya akan jawab amat berbaloi. Kerana saya mempunyai masa untuk plan masa depan sendiri, lebih banyak masa bersama keluarga tercinta, dapat melihat dunia dan paling penting dapat meluangkan lebih masa dengan tuhan, pencipta kita semua.

Alhamdulillah…

P/S: Doakan saya travel dan migrate ke beberapa buah Negara menjadi kenyataan dalam tempoh 2-3 tahun ini. Sama ada New Zealand, Scandinavia atau Negara-negara lain, hanyalah ALLAH sahaja yang maha mengetahui.

0 ulasan:

Sejauh mana Cantiknya New Zealand? Try Tengok Gambar ni, Memang Cair Habis!

Ahad, Jun 03, 2018 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Salam semua,

Cuba lihat semua gambar-gambar di New Zealand ini. Memang menenangkan kan? Allah mengurniakan sebuah negara yang cukup cantik di dunia iaitu di New Zealand. 

Jika anda ada peluang dalam hidup ini, cubalah bertandang ke New Zealand. memang cukup mempersonakan dan menggiurkan setelah anda tiba di sini. Memang tak boleh MOVE ON lah.

Layan dulu gambar-gambar ini:

















WAJIB anda datang ke sini suatu hari nanti!

Credit to Love New Zealand.

0 ulasan:

Nak Pergi New Zealand Pada Tahun 2019? Nah Saya Bagi 1 Tawaran Baik Buat Anda!

Ahad, Jun 03, 2018 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Salam semua pembaca blog,

Alhamdulillah berkesempatan untuk share 1 Tawaran baik buat korang bagi sesiapa yang berminat nak ke New Zealand 2019 dengan harga yang paling best!



Alhamdulillah untuk Pakej New Zealand 2018 yang akan diHANDLE kelak oleh saya pula semuanya SOLD OUT. Seramai 401 orang customer telah join trip best ini.

Bagi mereka yang belum tahu, saya merupakan Freelancer Tour Leader & Manager New Zealand under Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd. Pihak syarikat Kembara Sufi dengan tagline syarikatnya iaitu Peneraju Pakej Pelancongan Termurah di Malaysia telah bekerjasama dengan saya bagi memberikan harga Pakej New Zealand paling terendah di Malaysia dan semuanya ALL IN.

Alhamdulillah diberikan kepercayaan yang hebat untuk mengendalikan Trip New Zealand ini, sudah tentunya saya berbangga!





Oleh itu, saya dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk sama-sama menyertai Trip ke New Zealand bagi tahun 2019. Saya sendiri akan turun menjadi TOUR LEADER anda semua! Yang pasti, feedback customer sebelum ini amatlah memberansangkan. 

Mari lihat apa yang saya tawarkan bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Pakej New Zealand 2019 bersama-sama saya.

PAKEJ NEW ZEALAND 2019 dilengkapi ALL IN semua ini:

1. International Flight Tiket Pergi-Balik, Luggage 20 Kg, Seat , Meals Onboard
2. Domestic Flight Tiket Pergi-Balik, Luggage 20 Kg, Seat
3. Breakfast & Lunch disediakan sepanjang hari
4. Dinner disediakan semasa ketibaan
5. Penginapan disediakan (Motel/Holiday Park/Apartment)
6. Transport Van/Minibus & Fuel disediakan
7. Chef disediakan
8. Tour Guide oleh Cikgu Loh iaitu saya sendiri
9. Barbeque Fresh Kambing & Ayam disediakan
10. Halal, Kiblat & Driving Consultation
11. Pick Up Drop Off Airport
12. Perkongsian Kehidupan Saya di New Zealand

Banyak kan saya sediakan?

Memang inilah tawaran terbaik buat anda jika lihat Pakej New Zealand ini! Tapi mesti korang nak tahu harga kan?

Baiklah, harga yang saya bagi ini paling murah di Malaysia dan saya JAMIN! Mengapa? Pakej ini banyak yang tersedia & saya YAKIN harga ini tidak dapat di luar sana!

HARGA PAKEJ 2019 NORTH+SOUTH 11 HARI ialah RM5799+200

HARGA PAKEJ 2019 NORTH 8 HARI ialah RM4999+200

Pilihan Tarikh?

Berikut adalah pilihan tarikh yang WAJIB menjadi pilihan korang!


Saya memang cukup SERIUS nak realisasikan Trip anda ke New Zealand dengan Bajet yang cukup reasonable. Untuk memudahkan langkah anda ke New Zealand dan menempah Trip New Zealand 2019 ini bersama saya terus sahaja klik NO WHATSAPP saya di bawah:

WHATSAPP SAYA
WHATSAPP SAYA
WHATSAPP SAYA


Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan Pakej New Zealand, jangan segan-silu call saya atau Whatsapp saya sahaja di bawah.

Whatsapp: http://www.wasap.my/60133262125/NZ2019

Moga INFO ini dapat menggerakkan langkah kaki anda ke sebuah bumi yang cukup cantik dan mempesonakan iaitu New Zealand!

Ikhlas,
Cikgu Loh
Manager/Tour Leader New Zealand
Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd
Pemegang Spesific Purpose Visa New Zealand
013-3262125
www.cikguloh.com
www.fb.com/cikguloh

0 ulasan:

Cara Mudah Buat Bayaran Foreign Telegraphic Transfer Ke Luar Negara!

Selasa, April 10, 2018 Muhd Khairul Fakrullah 1 Comments


Zaman yang serba moden ini semestinya memudahkan kita. Maka dengan kecanggihan teknologi kini, membuat bayaran ke luar negara adalah satu perkara yang patut anda tahu!



Untuk topik kali ini, saya berkesempatan untuk berkongsi kepada anda cara-cara mudah untuk membuat Foreign Telegraphic Transfer melalui Maybank2u. Saya akan menggunapakai contoh di mana saya membuat bayaran kepada pihak IKHLAS TOURS LIMITED atas pakej pelancongan New Zealand yang telah saya tempah tempoh hari.

Sebelum anda membuat Foreign Telegraphic Transfer, INFO ini WAJIB anda tahu!

Transaksi Foreign Telegraphic Transfer dapat dilakukan mulai Isnin- Jumaat (10.00 Pagi-6.00 Petang)
Kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Sebelum membuat Foreign Telegraphic Transfer melalui Maybank2u, anda perlu mempunyai maklumat perkara-perkara berikut:

1.Nama Penerima
2.Alamat Penerima
3.No ID/Passport
3.Email
4.No Telefon
5.Nama Bank Penerima
6.Alamat Bank (cawangan)
7.Swift Code Bank
8. No Akaun Bank
9. Jumlah bayaran mengikut currency sana. Contohnya New Zealand menggunakan NZD

Untuk memudahkan anda, saya berikan details maklumat IKHLAS TOURS untuk pembayaran saya iaitu  Pakej Ke New Zealand!

1. Nama Penerima: Ikhlas Tours Limited
2. Alamat Penerima: 12 Ventura Street, Mangere, Auckland, 2022 New Zealand
3. No ID/Passport: 4926880
4. Email: ikhlas.tours@gmail.com
5. Nama Bank Penerima: ASB Bank
6. Alamat Bank (cawangan): 981-983 Dominion Road, Mount Roskill, Auckland, New Zealand
7. Swift Code: ASBBNZ2A
8. No Akaun Bank: XX-XXXX-XXXXXXX-XX (Masukkan No Akaun Spt Yang Diberi)
9. Jumlah bayaran: Bayaran mengikut currency NZD untuk New Zealand

Bila sudah mendapat maklumat ini, anda boleh terus membuka Maybank2u anda masing-masing. Saya terangkan langkah STEP BY STEP cara membuat bayaran Foreign Telegraphic Transfer melalui Maybank2u.

Bagi mereka yang tiada Maybank2u, anda boleh terus ke mana-mana bank untuk membuat Foreign Telegraphic Transfer ini dan pastikan maklumat di atas TEPAT dan BETUL semasa mengisi borang ini di Bank nanti.

STEP 1: Buka Maybank2u, Klik Account & Banking



STEP 2 - KLIK Transfer



STEP 3- KLIK FOREIGN TELEGRAPHIC TRANSFER



STEP 4-SELECT COUNTRY & KLIK CONTINUE

Untuk Bayaran ini, saya pilih New Zealand



STEP 5- Masukkan Details Seperti Gambar Di Bawah!



STEP 6- Teruskan Mengisi Butiran Berikut!





STEP 7- Sikit Je lagi...




Untuk transaksi Telegraphic Transfer Maybank 2u sekarang, anda perlu download dan install APPS MAYBANK2u di telefon masing-masing. Kemudian update di bahagian SECURE 2U sepertimana gambar di bawah!


Tahniah ! Bila Keluar Successfull, Itu tanda anda berjaya membuat Bayaran Foreign Telegraphic Transfer ke luar negara! 

Mudah je kan?

Tak faham lagi? Rasanya saya dah terangkan semua langkah yang diberikan. Kalau ada pertanyaan lagi boleh je terus Whatsapp/Call saya di 0133262125.

Terima Kasih,
Cikgu Loh
Freelancer Tour Leader

1 ulasan: