Cara Mudah Buat Bayaran Foreign Telegraphic Transfer Ke Luar Negara!

Selasa, April 10, 2018 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments


Zaman yang serba moden ini semestinya memudahkan kita. Maka dengan kecanggihan teknologi kini, membuat bayaran ke luar negara adalah satu perkara yang patut anda tahu!



Untuk topik kali ini, saya berkesempatan untuk berkongsi kepada anda cara-cara mudah untuk membuat Foreign Telegraphic Transfer melalui Maybank2u. Saya akan menggunapakai contoh di mana saya membuat bayaran kepada pihak IKHLAS TOURS LIMITED atas pakej pelancongan New Zealand yang telah saya tempah tempoh hari.

Sebelum anda membuat Foreign Telegraphic Transfer, INFO ini WAJIB anda tahu!

Transaksi Foreign Telegraphic Transfer dapat dilakukan mulai Isnin- Jumaat (10.00 Pagi-6.00 Petang)
Kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Sebelum membuat Foreign Telegraphic Transfer melalui Maybank2u, anda perlu mempunyai maklumat perkara-perkara berikut:

1.Nama Penerima
2.Alamat Penerima
3.No ID/Passport
3.Email
4.No Telefon
5.Nama Bank Penerima
6.Alamat Bank (cawangan)
7.Swift Code Bank
8. No Akaun Bank
9. Jumlah bayaran mengikut currency sana. Contohnya New Zealand menggunakan NZD

Untuk memudahkan anda, saya berikan details maklumat IKHLAS TOURS untuk pembayaran saya iaitu  Pakej Ke New Zealand!

1. Nama Penerima: Ikhlas Tours Limited
2. Alamat Penerima: 12 Ventura Street, Mangere, Auckland, 2022 New Zealand
3. No ID/Passport: 4926880
4. Email: ikhlas.tours@gmail.com
5. Nama Bank Penerima: ASB Bank
6. Alamat Bank (cawangan): 981-983 Dominion Road, Mount Roskill, Auckland, New Zealand
7. Swift Code: ASBBNZ2A
8. No Akaun Bank: XX-XXXX-XXXXXXX-XX (Masukkan No Akaun Spt Yang Diberi)
9. Jumlah bayaran: Bayaran mengikut currency NZD untuk New Zealand

Bila sudah mendapat maklumat ini, anda boleh terus membuka Maybank2u anda masing-masing. Saya terangkan langkah STEP BY STEP cara membuat bayaran Foreign Telegraphic Transfer melalui Maybank2u.

Bagi mereka yang tiada Maybank2u, anda boleh terus ke mana-mana bank untuk membuat Foreign Telegraphic Transfer ini dan pastikan maklumat di atas TEPAT dan BETUL semasa mengisi borang ini di Bank nanti.

STEP 1: Buka Maybank2u, Klik Account & Banking



STEP 2 - KLIK Transfer



STEP 3- KLIK FOREIGN TELEGRAPHIC TRANSFER



STEP 4-SELECT COUNTRY & KLIK CONTINUE

Untuk Bayaran ini, saya pilih New Zealand



STEP 5- Masukkan Details Seperti Gambar Di Bawah!



STEP 6- Teruskan Mengisi Butiran Berikut!




STEP 7- Sikit Je lagi...




Tahniah ! Bila Keluar Successfull, Itu tanda anda berjaya membuat Bayaran Foreign Telegraphic Transfer ke luar negara! 

Mudah je kan?

Tak faham lagi? Rasanya saya dah terangkan semua langkah yang diberikan. Kalau ada pertanyaan lagi boleh je terus Whatsapp/Call saya di 0133262125.

Terima Kasih,
Cikgu Loh
Freelancer Tour Leader

0 ulasan: