Berhenti Kerja Cikgu Lepas Tu Travel Atau Migrate? Berbaloikah? Tak Takut Ke?

Khamis, Ogos 09, 2018 Muhd Khairul Fakrullah 0 Comments



Zaman IT sekarang, kalau lihat ramai Malaysian khususnya dah berhenti kerja dan meneruskan ke bidang yang diminati masing-masing. Ada yang bisnes, travel dan banyak lagi. Nampak memang berani kan langkah ini? Dan hampir orang melihat langkah ini merupakan satu tindakan yang sangat drastik dan orang kata WOW!


Tapi hakikatnya berhenti kerja untuk travel  atau migrate khususnya dalam kes saya ini merupakan satu langkah yang sebenarnya agak berat dan payah. Orang klate cakap payoh bedooh. orang ganu kata berat nanang. Maklumlah hutang berlambak dan ditambah lagi dah ada bini dan anak-anak ini akan memerlukan pengurusan kewangan yang cukup teliti.

Saya secara peribadi telahpun berhenti kerja kerajaan iaitu cikgu walaupun sudah memiliki kelulusan MASTER Pendidikan! Orang cakap cikgu ini stress, sibuk ditambah lagi dengan sistem yang tidak membantu guru. YES! saya membenarkan kenyataan tersebut setelah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama lebih 4 tahun!



Sebelum saya berhenti cikgu, beberapa planning telah dibuat setahun sebelum tarikh peletakan jawatan secara rasminya pada 29 Jun 2018. Dengan tanggungan isteri dan dua anak, berikut beberapa perkara yang telah saya lakukan:

1. Planning masa depan

Sebelum saya resign, saya telah menyenaraikan beberapa pelan tindakan yang akan dibuat. Contohnya bagaimana menjana income, cara survive sepanjang tidak bekerja makan gaji dan komitmen hutang bagaimana. Saya bukanlah lahir dari seorang keluarga yang terus keluar dari perut emas malah ayah saya bekas tentera hanya menerima pencen sekitar RM800 sebulan dan emak yang tidak bekerja selain saya juga merupakan anak sulung dalam keluarga.

2. Cara menjana kewangan

Selain memikirkan masa depan, saya telah menjana kewangan menerusi beberapa affiliate niche travel, jualan tiket entry fees dan selain mempromosikan pakej lengkap New Zealand dan Negara Scandinavia dengan harga paling berpatutan di Malaysia. Jadi dengan backup plan ini, saya telah mampu generate lebih dari makan gaji sebelum ini. Jadi jika anda mahu berhenti kerja, sediakanlah plan kewangan apa yang anda nak buat setahun sebelum resign. Yang skill foto, boleh ke bidang photographer, yang skill printing boleh ke printing baju, banner dan sebagainya.


3. Sebab berhenti kerja Cikgu!

Sebab apa ramai berhenti kerja? Apa yang paling saya nampak ialah sebab kerja itu sendiri. Dalam kes saya dalam bidang pendidikan, sikap PENTADBIR yang “asbestos”, sistem ICT/dasar yang tidak menyokong guru, diskriminasi guru dalam beberapa perkara melibatkan pihak atasan dan bebanan tugas serta cabaran dari ibu bapa dan pelajar yang biadap menjadi elemen utama cabaran guru-guru sekarang. 

Saya x alami kesemua kes, namun ada beberapa kes di mana ianya antara sebab saya resign sebagai guru. Saya yakin faktor di atas disokong 90% oleh kesemua warga pendidik di Malaysia.















Travel telah menjadi impian saya sejak kecil. Dengan sokongan beberapa sahabat company travel, akhirnya RESIGN menjadi pilihan untuk terus menjadikan cita-cita travel ini sebagai satu bidang utama. Semua ini telah ALAH aturkan dengan cukup cantik sekali.

Apa Yang Saya buat?

Kini saya buat AFFILIATE NICHE TRAVEL+ TIKET ENTRY FEES+ PAKEJ KE NEW ZEALAND & SCANDINAVIA UNDER dengan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd Satu company yang cukup gah di Malaysia dan rakan-rakan company yang banyak membantu memberikan semangat! Dan by now saya baru menjejakkan kaki ke 8 buah Negara dan insyallah akan still goes on.

Jadi bagi mereka yang mahu berhenti kerja, Dengan komitmen hutang yang dibuat sebelum ini, pastikan sebelum resign mempunyai 5-6 bulan simpanan. Barulah tenang untuk menyerahkan borang peletakan jawatan nanti. Jadi jika dah semasak-masaknya berhenti kerja, fikirkan dan buatlah planning yang cukup berkesan demi perancangan hidup anda.

Bagi saya apabila berada dalam kerjaya baharu ini sebagai digital nomad, internet marketer dan manager ini lebih memberikan saya masa dengan SI PENCIPTA ALAM ini. Tidak dikongkong lagi dengan hambatan masa & kerja yang sentiasa tidak akan habis sampai bila-bila. Someone told me, once Allah close 1 door, He will opens another door which is better than before.



Akhir kata, berbaloikah berhenti kerja untuk travel?

Ya, saya akan jawab amat berbaloi. Kerana saya mempunyai masa untuk plan masa depan sendiri, lebih banyak masa bersama keluarga tercinta, dapat melihat dunia dan paling penting dapat meluangkan lebih masa dengan tuhan, pencipta kita semua.

Alhamdulillah…

P/S: Doakan saya travel dan migrate ke beberapa buah Negara menjadi kenyataan dalam tempoh 2-3 tahun ini. Sama ada New Zealand, Scandinavia atau Negara-negara lain, hanyalah ALLAH sahaja yang maha mengetahui.

0 ulasan: